Portal:Kanada/Tahukah anda?/1
- Laura Secord adalah wirawati Kanada yang dikenali kerana berjalan sejauh 32 kilometer (20 bt) bagi memberi amaran kepada tentera British mengenai serangan yang bakal dilakukan oleh pihak Amerika ketika Perang 1812.
- Empat buah tasik dalam Tasik–tasik Besar (gambar) kecuali Tasik Michigan menjadi sempadan antarabangsa bagi negara Kanada dan Amerika Syarikat.
- Jajahan Perancis Baru ditubuhkan oleh Jacques Cartier pada 1534 dan berakhir dengan penyerahan kepada pihak Empayar Sepanyol dan Negara Beraja Great Britain pada 1763.
- Pada 1929 hingga 1939, keluaran negara kasar Kanada susut sehingga 40% dan pendapatan negara jatuh mencecah kepada 55% ketika Zaman Kemelesetan.
- Taman Negara Banff merupakan taman negara yang tertua di Kanada, di mana ia ditubuhkan pada tahun 1885 di kawasan Pergunungan Rocky.