Portal:Microsoft/Biografi pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

William Henry Gates III (lahir pada 28 Oktober 1955 di Seattle, Washington) atau lebih dikenali sebagai Bill Gates merupakan pengasas bersama, pengerusi, bekas ketua arkitek perisian dan bekas ketua pegawai eksekutif Microsoft, syarikat perisian terbesar di dunia. Menurut senarai Jutawan Dunia majalah Forbes, beliau diletakkan sebagai orang paling kaya di dunia selama tiga belas tahun berturut–turut, dengan anggaran aset bersih yang dimilikinya berjumlah $82 bilion dolar. Bill Gates juga adalah salah seorang usahawan terkenal dalam revolusi komputer peribadi.