Portal:Muzik/Album pilihan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Resesi (harfiah Kemelesetan) ialah album 1983 oleh penyanyi Indonesia Chrisye. Dirakam dengan kerjasama Jockie Soerjoprajogo dan Eros Djarot selepas kembali dari Jerman, Resesi telah diilhamkan oleh bunyi The Police dan menampilkan lagu-lagu dipengaruhi oleh radio CB dan kritikan sosial. Ia merupakan hit komersial sebaik sahaja dikeluarkan, terjual 350,000 salinan dan menerima pensijilan perak. Pada tahun 2007 Rolling Stone Indonesia menyenaraikannya sebagai album Indonesia ke-82 yang terbaik sepanjang masa.(Selanjutnya...)