Portal:Teknologi/Tahukah anda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo Apple Computer, Inc

...bahawa Apple Computer, Inc merupakan salah satu syarikat pengasas revolusi komputer peribadi pada tahun 70-an.

...bahawa perpustakaan digital ialah perpustakaan di mana sebahagian besar sumbernya terdapat dalam format yang boleh dicapai melalui komputer.

...bahawa nanoteknologi ialah satu bidang sains gunaan yang menumpukan kepada reka bentuk, sintesis, pencirian, dan penggunaan bahan-bahan dan peranti-peranti pada skala nano.

...bahawa Thomas Edison mendapati bahawa perkataan hello ialah sapaan yang paling tidak meragukan berbanding hail yang mudah hilang semasa penghantaran isyarat tersebut.