Orang Portugis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Portugis)
Orang Portugis
Kawasan ramai penduduk
Portugal, Brazil, Amerika Syarikat, Perancis, Afrika Selatan
Bahasa
Bahasa Portugis
Agama
Katolik
Kumpulan etnik berkaitan
Sepanyol, Perancis, Itali, Galician, Romanian

Orang Portugis (bahasa Portugis: os portugueses) adalah suku kaum atau bangsa etnik yang berasal dari negara Portugal yang terletak di Semenanjung Iberia, barat daya Eropah. Bahasa Portugis ialah bahasa asli mereka manakala agama utama mereka pula ialah Gereja Katolik.

Bangsa Portugis ialah daripada populasi selatan Eropah. Asal etnik mereka pula ialah gabungan pra-Rom Celt dan puak-puak Iberia (dipanggil Celtiberian, seperti Lusitanian, Calaicians atau Gallaeci dan Cynetes atau Conii, puak-puak kecil, Bracari, Celtici, Coelerni, Equaesi, Grovii, Interamici, Leuni, Luanqui, Limici, Narbasi, Nemetati, Paesuri, Quaquerni, Seurbi, Tamagani, Tapoli, Turduli, Turduli Veteres, Turdulorum Oppida, Turodi dan Zoelae).

Pengaruh-pengaruh penting yang lain adalah daripada orang-orang Rom (Bahasa Portugis berasal daripada Bahasa Latin, ini juga boleh dianggap orang Rom sebagai pengaruh terbesar mereka), puak-puak Visigoths dan puak Suevi (Quadi dan Marcomanni) , kesemua mereka mendiami di wilayah-wilayah Portugis.

Pengaruh-pengaruh kecil pula adalah daripada orang-orang Yunani dan puak-puak Phoenicia-Carthaginia, Vandal (Silingi dan Hasdingi) serta orang-orang Alan dan Moor (orang Arab Berber dan Arab asli).

Rujukan[sunting | sunting sumber]




Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.