Powershot A400

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Canon PowerShot A400 pandangan hadapan.

Canon Powershot A400 adalah kamera digital yang disasarkan pada tahap permulaan. Powershot A400 memiliki 3 megapiksel dan kanta zum optik 2.2x. Ia disasarkan kepada sesiapa yang gemarkan bergambar secara sosial, gambar semasa percutian, perhimpunan sosial dan bergambar bagi album keluarga.

Powershot A400 agak mudah digunakan dan anda boleh mula mengambil gambar dengannya sebaik sahaja dikeluarkan dari kotak dan mengisi bateri dan kad ingatannya yang turut disertakan bersama.

Kamera ini merupakan peningkatan pada Canon Powershot A310. Peningkatan utama dari model itu adalah pengenalan kanta zum dan binaan yang lebih baik.

Powershot A400 menghasilkan gambar luar rumah yang baik standing dengan model lain. Gambar portrait dalam bilik mungkin menunjukkan mata merah, tetapi terdapat fungsi pengurangan mata merah yang mampu mengurangkannya.

Powershot A400 menghasilkan gambar yang memiliki warna gambar yang baik, pada tahap makro dan cahaya malap.

Pakej yang disertakan[sunting | sunting sumber]

Dari dalam kotak, PowerShot A400 disertakan bersama:

  • kamera 3.2 Megapiksel Canon PowerShot A400
  • 16MB kad Secure Digital
  • Dua bateri alkalin AA
  • Pengikat tangan
  • Kabel USB
  • kabel A/V
  • CD-ROM yang mengandungi Canon Digital Camera Solutions, ArcSoft Camera Suite, dan driver
  • Buku panduan kamera 140 halaman + buku panduan perisian (kedua-duanya dicetak)

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Bagi membantu mengambil gambar, pengguna boleh memilih antara pemidang tilik (“viewfinder “) zum optik gambar sebenar atau skrin 1.5 inci LCD. Menggunakan pemidang tilik mampu menjimatkan bateri. Kecerahan skrin LCD boleh ditala antara tahap satu sehingga lima belas. Ini amat berguna sekiranya anda menggunakan kamera ini dalam keadaan gelap atau terang.

Canon PowerShot A400 memiliki F3.8, 2.2X zum dengan julat fokal 5.9 - 13.2 mm. Panjang fokal setara-35mm adalah: 45 - 100 mm. Kanta Canon PowerShot A400 tidak memiliki pendakap bagi memasang kanta penukar sudut lebar.

Powershot A400 adalah mudah digunakan dan pengguna boleh menghidupkannya dan mula mengambil gambar. Terdapat beberapa butang kawalan di bahagian belakang yang menawarkan pelbagai fungsi. Ia tidak sukar dipelajari, tetapi manual ada disertakan bagi rujukan untuk memahami fungsi-fungsinya dengan lengkap.

Terdapat flash bina dalam di sebelah atas kanan dengan julat capaian 0.5 - 2.0 meter tidak kira panjang fokal. Oleh kerana kedudukan lampu denyar, adalah mudah tersilap meletakkan jari di hadapan denyar sekiranya tidak berhati-hati. Canon PowerShot A400 tidak boleh menerima denyar luaran. Denyar bina dalam memiliki julat maksima 2 meter dangan mod denyar adalah sentiasa hidup, sentiasa tutup, dan secara automatic di mana kamera memutuskan samaada denyar diperlukan atau tidak. Pengurang mata merah juga ada bagi membantu mengambil gambar orang atau haiwan dalam keadaan lampu samar.

Canon PowerShot A400 turut dilengkapi dengan lampu pembantu AF, yang membantu kamera mefokus dalam cahaya samar.

Terdapat mikrofon yang terletak di bahagian atas tengah.

Paparan LCD Canon PowerShot A400 seluas 1.5inci, dengan 115,000 pixel, menghasilkan gambar yang cantik dan tajam. Bagaimanapun ia tidak mensesuai cahaya terang atau gelap secara automatik.

Betul-betul di atas LCD adalah viewfinder optik, tanpa pembetulan diopter (yang mefokus apa yang anda lihat).

Disebelah kanan viewfinder adalah suis mod. Ia menukar kamera antara mod main semula, rekod, latar, dan video. Dalam mod latar anda boleh memilih senario dan kamera akan menggunakan tatarajah yang betul untuknya.

Mod mod pandangan siap program yang ada adalah (Portret, Latar Malam, Tumbuhan, Salji, Pantai, Bunga api, Bawah air, Dalam bilik). Ini membantu anda mengambil gambar terbaik dalam keadaan penggambaran yang berbeza. Selain itu juga terdapat mod bantuan sambungan (“stitch assist mode”) bagi membantu anda menghasilkan gambaran panorama.

Selain itu terdapat pengawal zum yang mengerakkan lens dari sudut luas pada telephoto dalam tempoh 1.4 saat.

Betul betul disebelah kanan LCD terdapat tiga butang: Menu, “Display”, dan “Function/Delete Photo”. Butang menu adalah jelas sendiri; butang paparan menghidup dan mematikan LCD. Butang fungsi membuka menu fungsi, dengan pilihan berikut:

Mod bergambar (Auto, manual, Stitch Assist) Penimbang Dedahan (-2EV to +2EV, peningkatan 1/3EV) White Balance (Auto, Siang hari, Berawan, Tungsten, Fluorescent, Fluorescent H termasuk juga set Khas) – lihat di bawah ISO (Auto, 50, 100, 200, 400) Kesan foto (Tutup, warna jelas, warna biasa, pelembut, sepia, hitam & putih) Pemampat Resolusi Terdapat tiga mod gambar pada Canon PowerShot A400. Kedua-dua mod automatic dan manual adalah acu dan petik, dengan perbezaan adalah anda tidak dapat mencapai kebanyakan pilihan menu semasa dalam mod automatik. Mod Bantuan Cantum “Stitch Assist” membantu anda menjajarkan gambar agar anda dapat mencantumkan gambar menbentuk panorama dengan menggunakan perisian yang dibekalkan.

Ciri-ciri pengimbang putih membenarkan anda mengambil gambar kad putih atau kelabu, untuk mendapatkan warna sempurna dalam sebarang cuaca.

Ciri kesan foto membenarkan warna atau ketajaman gambar ditukar. Kesan foto juga boleh digunakan semasa dalam mod video.

Di sebelah kanan butang terdapat kawalan empat arah, yang turut digunakan bagi gerakan menu, termasuk juga:

Atas - Metering (Penilai, berat-tengah, tompok (“spot”)) Bawah - Drive (Single-shot, continuous, self-timer) Kiri - Focus (Auto, macro, infinity) Kanan- Flash (Auto w/redeye reduction, auto, flash on w/redeye reduction, flash on, flash off) Dalam mod bergambar berterusan membenarkan sehingga 10 gambar diambil pada kelajuan 1.3 bingkai sesaat. LCD pengun seketika antara pengambaran, yang mungkin menyukarkan menjejak subjek.

Butang terakhir adalah butan Cetak/Kongsi, yang terletak di sebelah kanan kawalan empat hala. Apabila disambung dengan pencetak upaya Direct Print atau PictBridge, menekan butang ini memboleh anda mencetak gambar secara langsung tanpa memerlukan komputer. Apabila disambung dengan Komputer Windows, skrin berikut dipaparkan pada LCD:

Direct Transfer menu (“Menu Pindah Langsung”)

Anda boleh memindahkan kesemua gambar, gambar baru, gambar yang anda tanda DPOF, atau dipilih secra insani. Pilihan peset kertas dinding membenarkan gambar dipilih sebagai gambar latar pada komputer anda!

Yang terakhir adalah port I/O, yang terletak di bawah lapisan getah. Terdapat port bagi USB, pencaj DC (bagi penyesuai AC pilihan), dan keluar A/V.

Pada bahagian atas terdapat pembesar suara, butang kuasa dan butang mengambil gambar.


Keupayaan Zum[sunting | sunting sumber]

Selain kanta zum optik, Powershot A400 turut memiliki kemudahan zum digital 3.2x. Ini memberikan keupayaan zum keseluruhan sekitar 7x. Bagi mengambil gambar jarak dekat, terdapat kemudahan makro yang membenarkan pengguna menggambil gambar hanya 5 sentimeter dari subjek. Kamera A400 memiliki penutup kanta bina dalam dengan itu tidak perlu risaukan penutup kanta.

Terdapat beberapa tambahan yang ditawarkan untuk A400. Antaranya adalah AW-DC20 sarung semua cuaca yang membolehkan anda membawa Powershot A400 sehingga 3 meter bawah air. Selain itu penyesuai AC, kit bateri NiMH dan sarung kamera lembut.

Powershot A400 turut adalah serasi PictBridge yang memudahkan pencetakan. Ini bererti ia boleh disambungkan langsung pada pencetak serasi PictBridge dan menghasilkan cetakan gambar tanpa memerlukan komputer.

Memo suara juga boleh ditambah pada setiap gambar.Memo ringkas ini boleh sepanjang 60 saat panjang. Ini membantu mengingatkan subjek gambar yang diambil. Selain itu Powershot A400 memiliki jangka diri yang boleh dipasang untuk lewat samaada dua atau sepuluh saat.

Video ringkas juga boleh dirakam. Panjang maksima setiap video adalah tiga minit bagi resolusi rendah (320 x 240 or 160 x 120). Pada resolusi tinggi (640 x 480) panjang maksima hanyalah selama 30 saat.

Selain ciri di atas, Powershot A400 turut memiliki beberapa ciri lebih maju walaupun ia disasar pada peringkaan permulaan. Ini termasuk tiga jenis meter (Penilaian, Purata berat-tengah, dan Tumpu (“Spot”)), pengimbang dedahan (+/- 2 EV pada 1/3 peningkatan henti), setara ISO yang boleh diset pada 50, 100, 200 dan 400, tambah set pengimbang putih sebagai Auto, Siang hari, Berawan, Tungsten, Fluorescent, Fluorescent H termasuk juga set Khas. Tambahan juga terdapat Kesan Foto Jelas, Neutral, Low Sharpening, Sepia, Hitam dan Putih. Terdapat juga Penggambaran Laju atau penggambaran berterusan sehingga 12 keping gambar pada kadar 1.3 bingkai sesaat.

Powershot A400 juga dibekalkan dengan kabel penyambung untuk menyambungkan Powershot A400 kepada set telivisen dan perisian yang diperlukan turut disertakan bagi menyambungnya kepada komputer. Ia boleh diset untuk terus menyalin gambar ke computer sebaik sahaja disambungkan. Perisian itu disertakan dalam CD-ROMs yang termasuk Canon Digital Camera Solutions, ArcSoft Camera Suite, dan pemancu ("drivers"). Juga disertakan 140 halaman buku panduan kamera dan buku panduan perisian (kedua-duanya dicetak)

Kamera Powershot A400 merupakan kamera digital segi empat piwaian. Ia agak besar dengan saiz 107.0 x 53.4 x 36.8 mm tetapi masih mudah dimasukkan ke dalam poket dan hanya seberat 165g. Ia terdapat dalam empat warna termasuk warna Perak, Hijau Limau, Emas dan Biru Langit.

Bateri dan kad ingatan[sunting | sunting sumber]

Kamera Powershot A400 menggunakan dua bateri AA piwaian dan boleh menggunakan bateri caj semula. Sekiranya anda kehabisan kuasa ditempat yang tidak dapat mengecaj, adalah mudah membeli bateri baru untuk terus menggunakannya. Sekiranya ia dirancang untuk digunakan secara berterusan, adalah digalakkan mendapatkan bateri boleh caj dan pengecaj. Dua bateri AA alkalin tidak boleh caj disertakan bersama dalam kotak.

Gambar yang diambil boleh disimpan dalam kad ingatan Secure Digital (SD) yang popular dan mudah didapati. Kad ingatan 16mb disertakan bersama kamera Powershot A400, tetapi, ia juga boleh menerima kad MMC dan MicroSD (dengan adapter).