Prinsip Fisher
Prinsip Fisher ialah keterangan tentang mengapa nisbah jantina bagi kebanyakan spesies adalah lebih kurang 1:1. Ia digariskan oleh Ronald Fisher dalam buku yang terkenal, The Genetical Theory of Natural Selection [1] ("Teori Genetik Pemilihan Semula Jadi" yang salah dianggap sebagai karya Fisher yang asli),[2] yang diterbitkan pada 1930. Bagaimanapun, A. W. F. Edwards mengomen bahawa alasan yang dikemukakan oleh Fisher "mungkin merupakan perdebatan yang paling terkenal dalam bidang biologi evolusi".[2][3] Khususnya, Fisher mendebatkan daripada segi perbelanjaan ibu bapa dan meramalkan bahawa perbelanjaan tersebut harus sama bagi kedua-dua jantina. Nisbah jantina sebanyak 1:1 justera dikenali sebagai "Fisherian", dan yang bukan dikenali sebagai "non-Fisherian" (bukan Fisher) atau "luar biasa". Keadaan "luar biasa" itu berlaku kerana spesies tersebut menyimpang daripada andaian yang dibuat dalam model Fisher.[4]
Keterangan asas
[sunting | sunting sumber]Pada 1967, W.D. Hamilton memberikan keterangan asas yang berikut dalam kertas kerjanya, "Extraordinary sex ratios" [4] ("Nisbah jantina luar biasa"), bersandarkan kesudahan bahawa kos untuk melahirkan anak lelaki dan anak perempuan adalah sama jumlahnya:
- Andaikanlah kelahiran anak lelaki kurang biasa, berbanding dengan kelahiran anak perempuan.
- Seorang anak lelaki memiliki lebih banyak peluang untuk berpasangan, berbanding dengan anak perempuan dan oleh itu, boleh mengharapkan lebih banyak anak.
- Justera, ibu bapa yang mudah melahirkan anak lelaki daripada segi genetik cenderung mempunyai lebih banyak cucu pada puratanya.
- Lantaran, gen yang bercendurungan melahirkan anak lelaki tersebar, dengan kelahiran anak lelaki menjadi lebih biasa.
- Apabila nisbah jantina 1:1 dicapai, kelebihan yang dikaitkan dengan kelahiran anak lelaki hilang.
- Hujah yang sama juga benar jika perkataan "perempuan" di atas digantikan dengan perkataan "lelaki" dan sebaliknya. Justera, 1:1 merupakan nisbah keseimbangan.
Dalam bahasa moden, nisbah 1:1 dikenali sebagai "strategi stabil secara evolusi" (ESS).[5]
Bacaan tambahan
[sunting | sunting sumber]Sebagai perdebatan yang "mungkin merupakan perdebatan yang paling terkenal dalam bidang biologi evolusi",[2], prinsip Fisher ialah perkara pokok buku sains popular tentang evolusi. Misalnya, lihat:
- Stephen Jay Gould (2002) The Structure of Evolutionary Theory (m.s. 648-649, 678, dan 692 tentang nisbah jantina)
- Richard Dawkins (2004) "The Seal's Tale", The Ancestor's Tale, A Pilgrimage to the Dawn of Life. Boston: Houghton Mifflin Company. ISBN 0-618-00583-8
Bagi mereka yang ingin membaca pengolahan yang lebih lanjut, lihat buku 2002, Sex Ratios: Concepts and Research Methods, yang disunting oleh Ian C.W. Hardy, (bab 1 dan 2 oleh Ido Pen dan Franz J. Weissing.)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Fisher, R.A. 1930 The Genetical Theory of Natural Selection, Clarendon Press, Oxford
- ^ a b c Edwards, A.W.F. 1998 Natural Selection and the Sex Ratio: Fisher's Sources American Naturalist 151: 564-569
- ^ Mungkin kecuali perdebatan Charles Darwin yang paling penting kepada teori evolusi.
- ^ a b Hamilton, W.D. 1967 Extraordinary sex ratios Science 156: 477-488
- ^ Maynard Smith, J & Price, G.R. 1973 The logic of animal conflict Nature 246: 15-18