Profesor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Profesor
ڤروفيسور‎
Albert Einstein
Albert Einstein sebagai seorang profesor
Pekerjaan
Sebutan
  • [pro.fé.sor]
Jenis
Sektor kegiatan
Penerangan
Kemahiran
Pengetahuan akademik, penyelidikan, menulis rencana jurnal atau buku, mengajar
Pendikan yang diperlukan
Ijazah sarjana, ijazah kedoktoran (contoh: Ph. D.), ijazah profesional atau ijazah tamatan
Bidang pekerjaan
Akademik
Pekerjaan berkaitan
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Profesor (biasanya dipendekkan sebagai Prof.)[1][2] ialah pangkat akademik di universiti dan institusi penyelidikan dan pendidikan pascasiswazah di kebanyakan negara. Secara harfiah, profesor berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud "orang yang menganut", yang biasanya pakar dalam seni dan sains, guru dengan kedudukan tertinggi.[2]

Dalam kebanyakan sistem kedudukan akademik, kata "profesor" hanya merujuk kepada kedudukan akademik paling kanan, yang kadangkala dikenali secara tidak rasmi sebagai "profesor penuh".[3][4] Di sesetengah negara atau institusi, perkataan profesor juga digunakan untuk gelaran dengan pangkat yang lebih rendah seperti profesor madya atau pembantu profesor; terutamanya di Amerika Syarikat di mana perkataan profesor itu kadangkala digunakan secara basahan untuk merujuk kepada sesiapa pun yang memegang jawatan akademik.[5] Penggunaan ini dianggap tidak betul di tempat lain.

Para profesor menjalankan penyelidikan asal dan biasanya mengajar kursus-kursus mahasiswa, profesional dan lepasan ijazah di dalam bidang kepakaran mereka. Di universiti-universiti yang mempunyai sekolah siswazah, profesor mungkin membimbing dan mengawasi pelajar-pelajar siswazah untuk menjalankan penyelidikan bagi tujuan tesis atau disertasi. Di kebanyakan universiti, profesor turut mengambil peranan dalam pengurusan kanan, mengetuai jabatan, pasukan dan institut penyelidikan serta memainkan peranan sebagai Presiden, Pengetua atau Naib Canselor.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Carian kata: prof.". Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai 27 Februari 2018. 
  2. ^ a b Harper, Douglas. "Professor". Online Etymology Dictionary (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 28 Julai 2007. 
  3. ^ Pettigrew, Todd (17 Jun 2011). "Assistant? Associate? What the words before "professor" mean: Titles may not mean what you think they do". Maclean's (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 6 Oktober 2016. 
  4. ^ "United Kingdom, Academic Career Structure" (dalam bahasa Inggeris). Institut Universiti Eropah. Dicapai 28 November 2017. 
  5. ^ Hartley, Tom. "Dr Who or Professor Who? On Academic Email Etiquette" (dalam bahasa Inggeris). Tom Hartley. Dicapai 28 November 2017. 
  6. ^ "Promoted from doctor to professor: what changes?" (dalam bahasa Inggeris). Times Higher Education. 10 November 2016. Dicapai 29 November 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]