Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Stesen Penyelidikan Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi
Ditubuhkan 1993
Jenis penyelidikan Bukan rahsia
Bidang penyelidikan Ionosfera
Pengarah John Heckscher
Lokasi Gakona, Alaska
Affiliations Universiti Alaska
Operating Agency Pejabat Penyelidikan Tentera Laut
Makmal Penyelidikan Tentera Udara
Tapak sesawang http://www.haarp.alaska.edu/

Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (bahasa Inggeris: High Frequency Active Auroral Research Program, HAARP) adalah sebuah program penyelidikan ionosferik bersama Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat, Universiti Alaska dan Agensi Projek Penyelidikan Termaju Pertahanan (DARPA).[1] Ia bertujuan untuk menganalisa ionosfera dan menyiasat potensi untuk membangunkan teknologi peningkatan ionosferik untuk kegunaan pengawasan dan komunikasi radio (seperti mengesan peluru berpandu).[2]

Program HAARP menggunakan sebuah kemudahan utama di Artik, dikenali sebagai Stesen Penyelidikan HAARP, sebuah tapak milik Tentera Udara A.S berdekatan Gakona, Alaska.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

Ionosfera yang terletak antara atmosfera dan magnetosfera mempunyai profil yang beruhbah-ubah bergantung dalam skala minit, jam, hari, musim dan tahun; profilnya semakin rumit semakin mendakit lokasi kutub-kutub magnet Bumi yang menzahirkan aurora hasil pertembungan dengan medan magnet Bumi. Udara lapisan ini terlalu nipis untuk diskuat belon penyukat dan terlalu terbal untuk dikesan satelit pemerhati, maka HAARP mengisi keurangan ini melaui pemancaran gelombang radio dalam julat 2–10 MHz dengan kuasa yang lebih serta sinaran frekuesni tinggi (HF) yang lebih jelas.

Penyelidikan dalam kawasan ini juga termasuk:

  1. Pemerhatian garisan plasma
  2. Pemerhatian pancaran elektron yang disimulasikan
  3. Penyelidikan pemanasan frekuensi giro
  4. Pemerhatian "sebaran F" (F-spread - pengaburan gema gelombang radio dalam ionosfera hasil ketumpatan elektron tidak seragam dalam Lapisan F)
  5. Pemerhatian teja udara
  6. Pemerhatian gemerlapan hasil haba (heating induced scintillation)
  7. pemerhatian penjanaan frekuensi gelombang sangat rendah (very low frequency) dan terlampau rendah (extremely low frequency)[3]
  8. pemerhatian radio meteor
  9. Impak hujan meteor kepada ionosfera
  10. Tindak balas dan pemulihan ionosfera selepas didedahkan kepada angin suria dan ribut geomagnet
  11. Kesan gangguan ionosfera terhadap mutu isyarat satelit dalam Sistem Kedudukan Sejagat
  12. Penghasilan awan plasma berketumpatan tinggi di atmosfera atas Bumi[4]
  13. Pengimejan bawah tanah.[5]

Instrumentasi dan pengendalian[sunting | sunting sumber]

Alatan yang paling utama dalam kemudahan besar ini ialah Alatan Penyelidikan Ionosfera (Ionospheric Penyelidikan Instrument, IRI), suatu transmiter radio bergeganti fasa berfrekuensi dan berkuasa tinggi dengan set 180 antena yang disusun dalam unit kelompok 12x15 dalam segi empat sama berkeluasan 30–40 ekar (12–16 hektar).[6][7] Alatan IRI digunakan untuk menggerakkan satu bahagian ionosfera buat sementara waktu. Kajian penelitian mengenai bahagian yang digerakkan ini memberikan maklumat penting demi memahami proses ionosfera semulajadi dalam atmosfera Bumi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "HAARP Fact Sheet". HAARP. 15 June 2007. Diarkibkan daripada asal pada 30 Mei 2012. Dicapai 27 September 2009. 
  2. ^ "Purpose and Objectives of the HAARP Program". HAARP. Diarkibkan daripada asal pada 2012-05-30. Dicapai 2009-09-27. 
  3. ^ "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 3 April 2011. Dicapai 2 September 2009. 
  4. ^ "NRL Scientists Produce Densest Artificial Ionospheric Plasma Clouds Using HAARP" (Siaran akhbar). U.S. Naval Research Lab. 2013-02-25. Dicapai 5 April 2013. Using the 3.6-megawatt high-frequency (HF) HAARP transmitter, the plasma clouds, or balls of plasma, are being studied for use as artificial mirrors at altitudes 50 kilometers below the natural ionosphere and are to be used for reflection of HF radar and communications signals. Past attempts to produce electron density enhancements have yielded densities of 4×10⁵ electrons per cubic centimeter (cm³) using HF radio transmissions near the second, third, and fourth harmonics of the electron cyclotron frequency. This frequency near 1.44 MHz is the rate that electrons gyrate around the Earth's magnetic field. The NRL group succeeded in producing artificial plasma clouds with densities exceeding 9×10⁵ electrons cm³ using HAARP transmission at the sixth harmonic of the electron cyclotron frequency. 
  5. ^ "Detection and Imaging of Underground Structures Using ELF/VLF Radio Waves". GlobalSecurity. Dicapai 13 July 2018. 
  6. ^ "Opportunities for High-Power, High-Frequency Transmitters to Advance Ionospheric/Thermospheric Research: Report of a Workshop", National Academies Press. National Academy of Sciences, Engineering, and Medicine. 2014. Dicapai pada 8 Februari 2017
  7. ^ "Ionospheric Manipulation Made Easy", Abe Streep. Popular Science Jld. 273, No. 1. Julai 2008. Dicapai pada 8 Februari 2017

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Paten

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Koordinat: 62°23′30″N 145°09′00″W / 62.39167°N 145.15000°W / 62.39167; -145.15000