Projek Delta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan tanah Belanda lebih rendah daripada paras laut dan sering dilanda banjir besar. Orang Belanda pada zaman dahulu amat sensitif terhadap bencana banjir sehingga semua kanak-kanak perlu belajar berenang agar dapat menyelamatkan diri apabila berlakunya banjir. Sejak itu, mereka berusaha melakukan pelbagai cara untuk mengekang kejadian banjir dengan membuat benteng di laut serta sunga seawal abad ke-9 hinggalah pengenalan sistem daik (benteng atau tembok daripada tanah) ketika abad ke-12 dan abad ke-13.

Antara Januari dan Februari 1953, bahagian barat Belanda dibadai taufan dahsyat menyebabkan kemusnahan besar sehingga 1,800 orang terkorban. Susulan itu, pihak kerajaan giat melakukan pelbagai pelan tindakan untuk mengelak kejadian sama menggunakan teknologi kejuruteraan canggih bagi mengukuhkan kawasan pinggir pantai dan tebing sungai. Projek Delta diperkenalkan dengan pembinaan empangan, sluis (pintu laluan air), daik, tetambak dan penghadang ribut di sepanjang wilayah barat daya secara besar-besaran. Projek ini siap pada Ogos 2010 manakala usaha menambahbaik dijalankan sebagai menghadapi fenomena pemanasan global ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kembara Khazanah Belanda m/s 158