Projektor slaid lentera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Projektor slaid lantera)
Jump to navigation Jump to search
Slaid lantera abad ke-19 dengan slaid bercetak dimasukkan (secara menegak, jadi jika projektor menyalakan ia akan mempamerkan gambar terbalik)
Slaid untuk projektor slaid lantera oleh Carpenter and Westley

Projektor slaid lantera, juga dikenali dalam nama Latinnya sebagai lanterna magica, merupakan sejenis projektor imej terawal menggunakan gambar dicat, dicetak atau dihasilkan secara fotografik pada plat telus (biasanya terbuat dari kaca), satu atau lebih kanta, dan sumber cahaya. Ia kebanyakannya dibangun pada abad ke-17 dan biasanya digunakan untuk tujuan hiburan. Ia semakin digunakan untuk tujuan pendidikan pada abad ke-19. Sejak akhir abad ke-19 versi yang lebih kecil juga dihasilkan secara besar-besaran sebagai mainan untuk kanak-kanak. Slaid lantera digunakan secara meluas sejak abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-20, apabila ia digantikan oleh versi padat yang dapat memegang banyak gambar-gambar 35 mm: projektor slaid.