Kanta
Kanta (juga dikenali secara amnya sebagai lensa) merupakan suatu alat sama ada untuk menumpukan atau untuk menyerakkan cahaya, biasanya diperbuat daripada kaca.
Struktur kanta[sunting | sunting sumber]
Struktur kanta yang paling biasa ialah kanta sfera yang dibentuk oleh dua kelengkungan, iaitu permukaan depan dan permukaan belakang. Kedua-dua permukaan ini boleh dibayangkan dibentuk daripada sebahagian sfera dengan jejari-jejari, J1 dan J2, yang juga dinamakan "jejari kelengkungan" permukaan itu.
Jenis kanta[sunting | sunting sumber]
Kanta dikelaskan mengikut kelengkungan permukaannya. Jika ia melengkung keluar, ia dipanggil kanta cembung. Jika sebaliknya, ia digelar kanta cekung.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Kanta. |