Propriosepsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Serebelum paling banyak memikul tugas menyelaraskan segi-segi propriosepsi yang tanpa sedar.

Propriosepsi (/ˌprpri.ˈsɛpʃən/ PRO-pree-o-SEP-shən), dari bahasa Latin proprius yang bermaksud "milik sendiri", "individu" dan persepsi, adalah deria kedudukan relatif anggota badan bersebelahan dan kekuatan usaha yang digunakan dalam pergerakan.[1] Ia dibekalkan oleh proprioseptor di dalam otot berstria rangka dan juga sendi. Ia berbeza dengan eksterosepsi iaitu pencerapan dunia sekeliling, dan interosepsi iaitu pencerapan kesakitan, kelaparan dsb. serta pergerakan organ dalaman. Otak menyepadukan maklumat daripada propriosepsi dan daripada sistem vestibular ke dalam keseluruhan deria kedudukan, pergerakan dan pecutan tubuh badan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mosby's Medical, Nursing and Allied Health Dictionary, Fourth Edition, Mosby-Year Book 1994, p. 1285