Psikologi sosial

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Psikologi sosial ialah suatu bentuk kajian mengenai hubungan antara manusia dan kumpulan. Para ahli dalam bidang antaradisiplin ini pada umumnya ialah ahli psikologi atau sosiologi, walaupun semua ahli psikologi sosial menggunakan baik individu mahupun kumpulan sebagai unit analisis mereka.[1]

Definisi psikologi sosial sendiri merupakan kajian yang menyiasat bagaimana pemikiran, perasaan, dan perilaku individu dipengaruhi oleh kehadiran seseorang lain baik sebenar mahupun imaginasi.[2]

Psikologi sosial sempat dianggap tidak memiliki peranan penting, tetapi kini hal itu mula berubah. Dalam psikologi moden, psikologi sosial mendapat kedudukan yang penting. psikologi sosial telah memberikan pencerahan bagaimana fikiran manusia berfungsi dan memperkaya jiwa dari masyarakat kita. Melalui pelbagai penyelidikan makmal dan lapangan yang dilakukan secara sistematik, ahli psikologi sosial telah menunjukkan bahawa untuk dapat memahami perilaku manusia, kita harus mengenali bagaimana peranan situasi, permasalahan, dan budaya.

Walaupun terdapat banyak persamaan, para penyelidik dalam bidang psikologi dan sosiologi cenderung memiliki perbezaan dalam hal tujuan, pendekatan, kaedah dan terminologi mereka. Mereka juga lebih menyukai jurnal akademik dan masyarakat profesional yang berbeza. Tempoh kolaborasi yang paling utama antara para ahli sosiologi dan psikologi berlangsung pada tahun-tahun tak lama setelah Perang Dunia II.[3] Walaupun terdapat peningkatan dalam hal pengasingan dan kepakaran dalam beberapa tahun terakhir, sehingga tahap tertentu masih terdapat tumpang tindih dan pengaruh di antara kedua disiplin ilmu tersebut.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Social Psychology, David G. Myers, McGraw Hill, 1993. ISBN 0-07-044292-4.
  2. ^ Michael A. Hogg and Graham M. Vaughan. 2005. Social Psychology (fourth edition). ISBN 0 273 68699-2
  3. ^ Sewell, W. H. (1989). Some reflections on the golden age of interdisciplinary social psychology. Annual Review of Sociology, Vol. 15.
  4. ^ The Psychology of the Social, Uwe Flick, Cambridge University Press, 1998. ISBN 0-521-58851-0.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiversity
Di Wikiversity, anda boleh mempelajari tentang: