Puisi Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kubur seorang pemuisi Jepun, Yosa Buson

Pemuisi dari Jepun pertama kalinya menemui Puisi Cina semasa Dinasti Tang. Pemuisi Jepun mengambil masa beratus-ratus tahun untuk mencernakan kesan asing dalam puisi untuk menjadikan ia sebagai sebahagian dari budaya mereka dan menggabungkan ia dengan tradisi sastera mereka dalam bahasa ibunda mereka, dan mula untuk mengembangkan kepelbagaian dalam puisi asli Jepun. Sebagai contoh dalam Hikayat Genji kedua-dua jenis puisi kerap disebutkan. (Oleh kerana banyak pusi di Jepun ditulis dalam Bahasa Cina, ianya mungkin lebih tepat untuk bercakap tentang puisi Bahasa-Jepun.)

Sebuah trend baru muncul pada pertengahan kurun ke-19. Sejak itu, kebanyakan bentuk puisi-puisi Jepun adalah dalam bentuk tanka (nama baru untuk waka), haiku dan kanshi.

Kini bentuk utama dalam puisi Jepun boleh dibahagikan kepada pusi ujian dan puisi yang bertujuan untuk menghidupkan semula cara tradisional. Tulisan pemuisi dalam tanka, haiku dan kanshi begerak dalam pesawat yang berasingan dan jarang menulis pusi yang diluar dari bidang spesifik mereka, walaupun sebahagian pemuisi bersemangat untuk menulis bersama pemuisi dalam genre berlainan.

Antara koleksi-koleksi penting adalah Man'yōshū, Kokin Wakashū dan Shin Kokin Wakashū.