Pulang (filem 2022)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pulang
PengarahAzhar Kinoi Lubis
PenulisAnggoro Saronto
Dihasilkan oleh
  • Agung Haryanto
  • Ervina Isleyen
Dibintangi
SinematografiFahmi J Saad
Disunting olehKevindepp Setyadjie
Muzik olehThoersi Argeswara
Syarikat
penerbitan
  • KlikFilm Productions
  • Canary Studios
  • RK23 Pictures
Diedarkan olehKlikFilm
Tarikh tayangan
  • 2 April 2022 (2022-04-02)
Masa tayangan
84 minit
Negara Indonesia
BahasaBahasa Indonesia

Pulang merupakan sebuah filem drama keluarga Indonesia 2022 terbitan KlikFilm Productions, Canary Studios, dan RK23 Pictures yang diarahkan oleh Azhar Kinoi Lubis. Filem ini dibintangi oleh Imelda Therinne, Ringgo Agus Rahman, Mark Natama, dan Ziva Magnolya. Filem ini ditayangkan pada perkhidmatan video atas permintaan KlikFilm pada 2 April 2022.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Pras dan anak perempuannya, Rindu, pergi ke rumah Eyang untuk mengejar isterinya, Santi, dan anak bongsunya, Biru. Sebelum sampai ke destinasi, rahsia dalam keluarga mereka terbongkar satu persatu termasuk rumah tangga Pras dan Santi yang semakin tersungkur.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Ringgo Agus Rahman sebagai Prasetyo
  • Ziva Magnolya sebagai Rindu
    • Aliqa Parisya Ramadhani Putri sebagai Rindu kecil
  • Imelda Therinne sebagai Santi
  • Mark Natama sebagai Beno
  • Pritt Timothy sebagai Eyang Kakung
  • Hargi Sundari sebagai Eyang Putri
  • Malvin Yoel sebagai Biru
  • Sugeng Wioso sebagai Kawan seniman
  • Rizkyatul Amanah sebagai Pelayan
  • Petrus Hironimus sebagai Penyambut tetamu hotel
  • Sri Widayati sebagai Penyanyi Jawa perempuan
  • Arsa Srikarwuyan, Lukman Puspokawedar, dan Dias Ronggojati sebagai Pemain muzik Jawa

Penayangan[sunting | sunting sumber]

Filem Pulang ditayangkan pada perkhidmatan video atas permintaan KlikFilm pada 2 April 2022 jam 15.00 WIB dengan klasifikasi umur 13 tahun ke atas. Filem ini ditayangkan serentak dengan filem Tuhan Minta Duit yang ditayangkan pada tarikh yang sama.

Filem ini merupakan filem panjang pertama yang dibintangi oleh finalis Indonesian Idol musim kesepuluh, Ziva Magnolya, dan juga finalis acara yang sama dalam musim berbeza iaitu musim kesebelas, Mark Natama.[2]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2022 Indonesian Movie Actors Awards Pendatang Baru Terbaik Ziva Magnolya Tercalon
Pendatang Baru Terfavorit Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Reiny Dwinanda (editor); Shelbi Asrianti (wartawan) (25 Mac 2022). "Sambut Ramadhan, Klik Film Hadirkan Tuhan Minta Duit dan Pulang". Republika.co.id. Dicapai pada 12 Februari 2024.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  2. ^ Kintoko, Irwan Wahyu (24 Mac 2022). Irwan Wahyu Kintoko (penyunting). "Film 'Pulang' Diputar Klik Film, Ziva Magnolya Adu Akting dengan Mark Natama dan Ringgo Agus Rahman". Tribunnews.com. Dicapai pada 12 Februari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]