Pulau Songsong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Songsong terletak di perairan daerah Yan, negeri Kedah, utara Malaysia. Pulau tidak berpenghuni ini sesuai untuk aktiviti menyelam dan mengail. Pulau lain yang berhampiran ialah Pulau Bunting, Pulau Telor dan Pulau Bidan.

Pada 30 Januari 2010, Kerajaan Kedah memperuntukkan RM20 juta bagi membangunkan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan. Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia M. Manikumar menyatakan rundingan masih diteruskan dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (UPEN). Lima syarikat swasta telah mengemukakan kertas cadangan. Sebuah jambatan akan menghubungan pulau itu dengan tanah besar.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]