Pulut lepa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pulut lepa yang berintikan ikan.

Pulut Lepa adalah sejenis masakan yang diperbuat daripada pulut berinti ikan. Masakan ini biasanya dipanggang di atas api. Inti ikan diperbuat daripada ikan, bawang, dan lada kering dan nyiur. Campuran ini dimasak sehingga kering dan disumbat sebagai inti dalam pulut yang berbentuk batang. Batang pulut itu kemudiannya dibalut dengan daun pisang sebelum dipanggang sampai masak.

Terdapat juga sejenis kuih yang seumpama dengannya, tetapi menggunakan inti kelapa. Ini dikenali sebagai pulut panggang. Arang digunakan bagi memanggang pulut lepa bagi memastikan api tidak marak, tetapi sekadar berbara. Ia perlu dibalik-balikkan agar tidak rentung sebelah dan diangkat menurut pengalaman pembakarnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]