Pusat Perubatan Wilayah DCH

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pusat Perubatan Wilayah DCH
Carraway Infirmary
Geografi
LokasiAlabama Barat[1], Alabama, Tuscaloosa, Alabama
Organisasi
Pembiayaanhospital bukan untung
Gabungan universitiTiada
PenaungTiada
Perkhidmatan
HelipadYa
Pautan
Laman sesawangTiada
Daftar lainSenarai hospital di Alabama

Pusat Perubatan Wilayah DCH (bahasa Inggeris: DCH Regional Medical Center), sebelum ini dikenali sebagai Hospital Bandar Druid ialah sebuah hospital awam, pusat perubatan dan bukan untung yang bertapak di Tuscaloosa, Alabama yang menyediakan perkhidmatan di wilayah barat Alabama.[1] DCH dikendalikan oleh Sistem Kesihatan DCH, yang juga mengendalikan Pusat Perubatan Northport di Northport, Alabama dan Pusat Perubatan Fayette di Fayette, Alabama. Sehingga 2014, 3,481 orang telah bekerja di DCH, menjadikannya majikan kedua tertinggi di Kaunti Tuscaloosa.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1916, sebuah klinik perubatan kecil telah dibuka di Broad Street (kini dikenali sebagai University Boulevard) untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan di Tuscaloosa. Pada mulanya, Hospital Bandar Druid hanya mempunyai 12 katil tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung keperluan perubatan di bandar itu. Dengan tanah yang telah didermakan oleh Universiti Alabama, terbitan bon dan langganan awam telah digunakan untuk membiayai hospital baharu di tapak berdekatan. Digelarkan sebagai Hospital Bandar Druid, ia dibuka secara rasmi pada 25 Mac 1923.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Frequently Asked Questions" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Disember 29, 2021.
  2. ^ "Tuscaloosa County's Major Employers" (PDF). City of Tuscaloosa (dalam bahasa Inggeris). 2014.
  3. ^ "DCH Health System History" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada Mei 13, 2017.

Koordinat: 33°12′18″N 87°31′37″W / 33.205°N 87.527°W / 33.205; -87.527