Qaumi Taranah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Qaumī Tarānah
قومی ترانہ
Pakistani national anthem sheet music.gif
Lembaran muzik Qaumī Tarānah

Lagu kebangsaan  Pakistan
Juga dikenali sebagai"Pāk Sarzamīn"
LirikHafeez Jalandhari, Jun 1952
MuzikAhmed G. Chagla, 21 Ogos 1949
Digunapakai13 Ogos 1954
Sampel audio
"Qaumī Tarānah" (instrumental)

Qaumī Tarānāh (Urdu: قومی ترانہ‎, disebut [ˈqɔːmiː təˈɾaːnə], lit.  "Lagu Kebangsaan"), juga dikenal sebagai Pāk Sarzamīn (Urdu: پاک سرزمین‎, disebut [ˈpɑːk ˈsəɾzəmiːn], lit. Tanah Suciku) ialah lagu kebangsaan Republik Islam Pakistan. Lagu ini ditulis oleh Hafeez Jalandhari pada 1952 dan muziknya dihasilkan oleh Ahmad G. Chagla pada 1949, iaitu sebelum liriknya ditulis. Walaupun lirik lagu adalah dalam bahasa Urdu Klasik, lagu tersebut mempunyai pengaruh Parsi yang besar dan hanya menggunakan kata 'ka' dalam bahasa Urdu lingua franca Pakistan - menjadikan liriknya saling difahami dalam kalangan penutur bahasa Urdu dan Parsi.

Lagu ini secara rasmi diangkat sebagai lagu kebangsaan Pakistan pada Ogos 1954[1] dan dirakam pada tahun yang sama oleh sebelas penyanyi utama Pakistan termasuk Ahmad Rushdi, Kaukab Jahan, Rasheeda Begum, Najam Ara, Naseema Shaheen, Zawar Hussain, Akhtar Abbas, Ghulam Dastagir, Anwar Zaheer, dan Akhtar Wasi Ali.[2]

Urdu
Transliterasi
Terjemahan
پاک سرزمین شاد باد
كشور حسين شاد باد
تو نشان عزم عالیشان
! ارض پاکستان
مرکز یقین شاد باد
Pāk sarzamīn shād bād
Kishwar-e-hasīn shād bād
Tū nishān-e-`azm-e-`alīshān
Arz-e-Pākistān!
Markaz-e-yaqīn shād bād
Semoga tanah yang mulia ini bahagia dan makmur
Semoga tanah yang indah ini berbahagia, beruntung
Engkaulah lambang tekad yang tinggi
Wahai Pakistan!
Semoga benteng keimanan ini bahagia dan makmur.
پاک سرزمین کا نظام
قوت اخوت عوام
قوم ، ملک ، سلطنت
! پائندہ تابندہ باد
شاد باد منزل مراد
Pāk sarzamīn kā nizām
Qūwat-e-ukhūwat-e-`awām
Qaum, mulk, sultanat
Pā-inda tābinda bād!
Shād bād manzil-e-murād
Asas negara bertuah ini
Kekuatan ukhuwah rakyatnya.
Bangsa, wilayah dan negara
bersinar dalam cahaya yang gemilang!
Semoga azam yang mulia ini kekal selamanya.
پرچم ستارہ و ہلال
رہبر ترقی و کمال
ترجمان ماضی شان حال
! جان استقبال
سایۂ خدائے ذوالجلال
Parcham-e-sitāra-o-hilāl
Rahbar-e-tarraqqī-o-kamāl
Tarjumān-e-māzī, shān-e-hāl
Jān-e-istiqbāl!
Sāyah-e-Khudā-e-Zū-l-Jalāl
Bendera bulan sabit dan bintang
Mengarah kami ke jalan yang cemerlang.
Penterjemah masa silam, kemuliaan masa kini
Inspirasi masa hadapan!
Kekallah di bawah lindungan Tuhan yang Maha Perkasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Information of Pakistan". Infopak.gov.pk. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 October 2007. Dicapai pada 31 January 2013.
  2. ^ "Death Anniversary of Ahmed Rushdi". Duniya News. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 January 2016. Dicapai pada 1 September 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]