Queen Of Katwe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Queen Of Katwe
PengarahMira Nair
PenerbitJohn Carls
Lydia Dean Pilcher
PenulisWilliam Wheeler
Dibintangi olehDavid Oyelowo
Lupita Nyong'o
Madina Nalwanga
Muzik olehAlex Heffes
SinematografiSean Bobbitt
Disunting olehBarry Alexander Brown
PengedarWalt Disney Studios Motion Pictures dengan kerjasama Motion Pictures
Mula ditayangkan
2016
Tempoh tayangan
124 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaBahasa Inggeris
Perbelanjaan$USD 15 juta[1]
Pecah panggung$USD 10.4 juta[2]

Queen of Katwe merupakan sebuah filem bahasa Inggeris pada tahun 2016. Filem ini diterbitkan di Amerika Syarikat yang bergenre sukan, kekeluargaan dan drama.[3] Filem ini diarahkan oleh Mira Nair dan jalan ceritanya ditulis oleh William Wheeler.[4]

Diadaptasi dari sebuah majalah sukan terbitan ESPN mengenai rencana dari sebuah buku yang ditulis oleh Tim Crothers. Filem ini diterbitkan oleh Walt Disney Pictures (kerjasama dengan Motion Pictures) dan ESPN Films. Queen Of Katwe terpilih untuk ditayangkan secara eksklusif pada Festival Filem Antarabangsa 2016 di Toronto, Kanada.[5] Filem ini kemudiannya ditayangkan secara terhad di Amerika Syarikat pada tahun 23 September 2016 sebelum ditayangkan pada umum pada 30 September 2016.[6]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan sebuah kisah sebenar mengenai kehidupan Phiona Mutesi, seorang gadis dari Uganda yang tinggal di sebuah daerah di Kampala. Beliau meminati permainan catur dan memperlajarinya sehingga terpilih ke peringkat Woman Candidate Master selepas memenangi pada kejohanan Olimpiad Catur Dunia.[7] Kehidupannya Phiona Mutesi (Madina Nalwanga) seorang gadis 10 tahun yang tinggal bersama keluarganya di perkampungan Katwe yang hidup dalam kemiskinan. Kehidupannya mulai berubah apabila beliau bertemu dengan Robert Katende (David Oyelowo) di dalam sebuah progam anjuran sekolahnya. Katenade merupakan jurulatih bagi sukan bola sepak dan ditugaskan di sekolah itu untuk mengajar dan melatih para pelajarnya bermain catur. Di antara ramai para pelajar di situ, Phiona menunjukkan minat yang mendalam terhadap sukan tersebut. Beliau berusaha mempelajarinya dan menjadi murid kesayangan Katenade dengan harapan bakal menjadi terkenal melalui tunjuk ajar gurunya. Beberapa tahun kemudian, Phiona berjaya memenangi pelbagai kemenangan di kejohanan catur peringkat tempatan. Beliau akhirnya terpilih ke peringkat tertinggi iaitu kejohanan Olimpiad Catur Dunia. Beliau mulai menjadi tertekan ekoran harapan yang tinggi yang diharapkan dari penduduk di kampungnya mengharapkan kemenangan yang berprestij itu mesti dimenangi oleh Phiona. Dengan kemenangan ini, kehidupannya akan berubah sepenuhnya dan beliau mampu membawa keluarganya keluar dari lembah kemiskinan terutama ibu dan adik betadiknya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fleming, Jr., Mike (9 Januari 2015). "David Oyelowo & Lupita Nyong'o In Talks To Star In 'Queen Of Katwe' For Disney". Deadline. Dicapai 27 April 2015. 
  2. ^ "Queen of Katwe (2016)". Box Office Mojo. Dicapai 10 Mac 2017. 
  3. ^ Carissimo, Justin (10 Mei 2016). "Lupita Nyong'o and David Oyelowo star in the new trailer for Queen of Katwe". The Independent. Dicapai 29 Ogos 2016. 
  4. ^ McNary, Dave (9 Januari 2015). "David Oyelowo, Lupita Nyong'o in Talks for Disney's 'Queen of Katwe'". Variety. Dicapai 27 April 2015. 
  5. ^ "Toronto To Open With 'The Magnificent Seven'; 'La La Land', 'Deepwater Horizon' Among Galas & Presentations". Deadline. 26 Julai 2016. Dicapai 26 Julai 2016. 
  6. ^ Siegel, Tatiana (8 April 2016). "Disney's David Oyelowo Drama, 'Queen of Katwe,' Gets Release Date". The Hollywood Reporter. Dicapai 27 April 2015. 
  7. ^ Robinson, Joanna (16 Ogos 2015). "Why Lupita Nyong'o, Not Superheroes, Represents the Future of Disney". Vanity Fair. Dicapai 16 Ogos 2015. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]