RMPnet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

RMPnet adalah projek menaik taraf sistem komunikasi analog konvensional Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada sistem komunikasi taktikal digital yang dapat menjamin keselamatan maklumat dan peningkatan keberkesanan PDRM.

Pada 13 April 2010, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa Motorola Technology Sdn Bhd (MTSB) melaksanakannya berdasarkan piawaian Apco Project 25 yang dibangunkan oleh 'Association of Public-Safety Communications Officials-International' yang dikenali dengan nama ringkas Apco International.

Apco International tiada kaitan langsung dengan Apco Worldwide yang merupakan syarikat perunding perhubungan awam manakala RMPnet dan projek "Police Reporting System" (PRS) merupakan dua projek berasingan dan tiada kaitan sama sekali.Kos projek RMPnet hanya RM980 juta, bukan RM999 juta.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]