Radhi Study Go!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Radhi Study Go!
GenreRealiti, Komedi
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Inggeris, Bahasa Malaysia
Penerbitan
Tempoh siaran30 minit per episod
Penyiaran
Saluran asal8TV
Siaran asal2 Disember 200727 Januari 2008
Pautan luar
Laman sesawang

Radhi Study Go! ialah sebuah siri realiti yang menampilkan vokalis kumpulan OAG, Mohd. Radhi bin Razali, yang hendak menuntut ilmu di Kolej SEGi, Kota Damansara. Radhi Study Go! dikatakan merupakan adaptasi daripada rancangan Amerika Syarikat yang serupa formatnya, iaitu Tommy Lee Goes to College yang juga menampilkan pergelutan pemuzik rock, Tommy Lee, dengan pembelajaran di kolej.

Radhi Study Go! ditaja oleh Kolej SEGi dan disiarkan di 8TV. Sungguhpun dianggap sebagai rancangan realiti, namun rancangan ini turut menggunakan bantuan skrip, seperti yang dibuktikan adanya babak bloopers di laman web 8TV.

Plot[sunting | sunting sumber]

Radhi selaku vokalis OAG meminggirkan kerjaya muzik beliau buat sementara waktu dan hendak melakukan apa-apa yang tidak dapat dilakukan beliau sewaktu lebih muda, seperti belajar. Radhi yang kini berusia 30 tahun dan dikenali kerana perangai gila-gila beliau, kini perlu menghadapi dugaan kembali ke kolej (SEGi) lalu memilih kursus yang beliau rasa sesuai. Radhi diberi status ‘Penuntut Khas’ iaitu beliau boleh beralih dari satu kursus ke kursus yang lain seperti fotografi, animasi video, automotif, kejurueawatan, dan lain-lain lagi.

Rancangan realiti ini akan memaparkan bagaimana Radhi mengharungi cabaran ini dan memanglah bukan senang untuk beliau yang berhenti selepas SPM, 15 tahun dahulu.

Episod[sunting | sunting sumber]

# Tarikh penyiaran Ringkasan
1 2 Disember 2007 Radhi melangkah kaki beliau ke Kolej SEGi di Kota Damansara lalu menghadapi rintangan pertamanya, iaitu cuba menempah tempat di kursus padahal beliau cuma meraih tiga kredit dari SPM dan kredit-kredit itu tidak memadani kursus yang dipilih, tambahan pula yuran mahal.
2 9 Disember 2007 Tayar kereta pancit menyebabkan Radhi lambat ke kelas pertama beliau, iaitu kuliah fotografi.
3 23 Disember 2007 Radhi mengemukakan cadangan yang luar biasa di kelas pemasaran, dan berseronok mendidik kanak-kanak tadika.
4 30 Disember 2007 Radhi belajar membuat sabun di kelas kejuruteraan kimia, sebelum beralih ke memikul beban melayan penginap, mengemas bilik dan menyaji minuman di hotel dalam sehari.
5 6 Januari 2008 Radhi bergelut memahami istilah dan maklumat teknikal di kelas automotif dan pengkomputeran.
6 13 Januari 2008 Radhi menjadi salah seorang pelatih kejururawatan lelaki dan menghadapi leteran pensyarah kelas muzik.
7 20 Januari 2008 Radhi bermain-main lagi dalam kelas videografi, sebelum akhirnya mencari tempat bermain yang sewajarnya di dewan latihan seni pemantasan.
8 27 Januari 2008 Radhi menandakan berakhirnya cabaran akademik beliau dengan mengadakan gig di kampus.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]