Raja-raja Yehuda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Susur galur raja-raja Yehuda, bersama-sama dengan raja-raja Israel.

Raja-raja Yehuda (Jawi: راج-راج يهودا) ialah raja-raja yang memerintah Kerajaan Yehuda purba, yang dibentuk sekitar 930 SM, menurut Alkitab Ibrani, ketika Kerajaan Bersatu Israel berpecah apabila rakyat Kerajaan Israel utara menolak Rehabeam sebagai raja mereka, menjadikan baginda raja Yehuda sahaja.

Ibu kota Kerajaan Yehuda ialah Baitulmuqaddis. Semua raja Yehuda tinggal dan mangkat di Yehuda kecuali Ahazia (yang mangkat di Megido di Israel), Yoahas (yang mangkat sebagai tawanan di Mesir) dan Yekhonya dan Zedekia yang dibawa keluar negeri sebagai tawanan Babylon.

Yehuda ditakluki pada tahun 587 atau 586 SM,[1] oleh Empayar Babylon Baru di bawah Nebuzaradan, kapten pengawal peribadi Nebukadnezar.[2] Dengan golongan bangsawan diusir[3] dan Baitulmuqaddis serta Kuil Sulaiman dimusnahkan, Kerajaan Yehuda lalu runtuh.

Senarai[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan ahli sejarah moden sama ada mengikut garis masa lama yang dibuat oleh William F. Albright atau Edwin R. Thiele,[4] atau garis masa baru oleh Gershon Galil dan Kenneth Kitchen,[5] kedua-duanya ditunjukkan berikut. Semua tarikh ialah dalam Sebelum Masihi.

Nama biasa/Alkitab Albright Thiele Galil Kitchen Nama dan gelaran diraja Catatan

Keturunan Daud[sunting | sunting sumber]

Rehabeam
Memerintah 17 tahun.
922–915 931–913 931–914 931–915 רחבעם בן-שלמה מלך יהודה
Rehav’am ben Shelomo,
Melekh Yehuda
Kematian: mati biasa
Abia
Memerintah 3 tahun.
915–913 913–911 914–911 915–912 אבים בן-רחבעם מלך יהודה
’Aviyam ben Rehav’am,
Melekh Yehuda
Kematian: mati biasa
Asa
Memerintah 41 tahun.
913–873 911–870 911–870 912–871 אסא בן-אבים מלך יהודה
’Asa ben ’Aviyam,
Melekh Yehuda
Kematian: penyakit kaki yang teruk
Yosafat
Memerintah 25 tahun.
873–849 870–848 870–845 871–849 יהושפט בן-אסא מלך יהודה
Yehoshafat ben ’Asa,
Melekh Yehuda
Kematian: mati biasa
Yoram
Memerintah 8 tahun.
849–842 848–841 851–843 849–842 יהורם בן-יהושפט מלך יהודה
Yehoram ben Yehoshafat,
Melekh Yehuda
Kematian: severe penyakit perut
Ahazia
Memerintah 1 year.
842–842 841–841 843–842 842–841 אחזיהו בן-יהורם מלך יהודה
’Ahazyahu ben Yehoram,
Melekh Yehuda
Kematian: dibunuh oleh Yehu, yang merampas takhta Israel
Atalya
(Ratu)
Memerintah 6 tahun.
842–837 841–835 842–835 841–835 עתליה בת-עמרי מלכת יהודה
‘Atalya bat ‘Omri,
Malkat Yehuda
Kematian: dibunuh oleh tentera yang ditugaskan oleh Imam Yoyada untuk melindungi Yoas.
Bonda Ratu, balu Yoram dan ibu Ahazia
Yoas
Memerintah 40 tahun.
837–800 835–796 835–802 835–796 יהואש בן-אחזיהו מלך יהודה
Yehoash ben ’Ahazyahu,
Melekh Yehuda
Kematian: dibunuh oleh pegawai-pegawainya: Zabad anak lelaki Simeat, seorang perempuan Amon, dan Yozabad anak lelaki Simrit, seorang perempuan Moab.
Amazia
Memerintah 29 tahun.
800–783 796–767 805–776 796–776 אמציהו בן-יהואש מלך יהודה ’Amatzyahu ben Yehoash,
Melekh Yehuda
Kematian: dibunuh di Lakhis oleh orang-orang yang dihantar oleh pegawai-pegawainya yang berkomplot ke atas baginda.
Uzia
(Azariya)
Memerintah 52 tahun.
783–742 767–740 788–736 776–736 עזיהו בן-אמציה מלך יהודה
‘Uziyahu ben ’Amatzyahu,
Melekh Yehuda
עזריה בן-אמציהו מלך יהודה
‘Azarya ben ’Amatzyahu,
Melekh Yehuda
Kematian: <i>Tzaraath</i>, penyakit kulit yang mengerikan.
George Syncellus menulis bahawa Olimpik Pertama berlaku pada tahun pemerintahan Uzia yang ke-48.
Yotam
Memerintah 16 tahun.
742–735 740–732 758–742 750–735/30 יותם בן-עזיהו מלך יהודה
Yotam ben ‘Uziyahu,
Melekh Yehuda
Kematian: mati biasa
Ahaz
Memerintah 16 tahun.
735–715 732–716 742–726 735/31–715 אחז בן-יותם מלך יהודה
’Ahaz ben Yotam,
Melekh Yehuda
Kematian: mati biasa
Raja Asyur Tiglat-Pileser III mencatatkan menerima ufti daripada Ahaz; bandingkan 2 Raja 16:7-9
Hizkia
Memerintah 29 tahun.
715–687 716–687 726–697 715–687 חזקיהו בן-אחז מלך יהודה
Hizqiyahu ben ’Ahaz,
Melekh Yehuda
Kematian: mati biasa
Hidup sezaman dengan Sanherib dari Assyria dan Merodach-Baladan dari Babylon.
Manasye
Memerintah 55 tahun.
687–642 687–643 697–642 687–642 מנשה בן-חזקיהו מלך יהודה
Menashe ben Hizqiyahu,
Melekh Yehuda
Kematian: mati biasa
Disebut dalam catatan Assyria baginda hidup sezaman dengan Esarhaddon
Amon
Memerintah 2 tahun.
642–640 643–641 642–640 642–640 אמון בן-מנשה מלך יהודה
’Amon ben Menashe,
Melekh Yehuda
Kematian: dibunuh oleh pegawai-pegawainya, yang kemudiannya dibunuh oleh orang-orang Yehuda.
Yosia
Memerintah 31 tahun.
640–609 641–609 640–609 640–609 יאשיהו בן-אמון מלך יהודה
Yo’shiyahu ben ’Amon,
Melekh Yehuda
Kematian: dipanah dalam pertempuran melawan Nekho dari Mesir. Baginda mangkat setibanya di Baitulmuqaddis.
Yoahas
Memerintah 3 months.
609 609 609 609 יהואחז בן-יאשיהו מלך יהודה
Yeho’ahaz ben Yo’shiyahu,
Melekh Yehuda
Kematian: diguling Nekho II, raja Mesir, dan Yoahas digantikan oleh saudaranya, Elyakim. Dibawa ke Mesir, di mana baginda mangkat.
Yoyakim
Memerintah 11 tahun.
609–598 609–598 609–598 609–598 יהויקים בן-יאשיהו מלך יהודה
Yehoyaqim ben Yo’shiyahu,
Melekh Yehuda
Kematian: mati biasa
Pertempuran Karkemis berlaku pada tahun keempat pemerintahannya (Yeremia 46:2).
Yoyakhin
(Yekhonya)
Memerintah 3 bulan & 10 hari.
598 598 598–597 598–597 יהויכין בן-יהויקים מלך יהודה
Yehoyakhin ben Yehoyaqim,
Melekh Yehuda
יכניה בן-יהויקים מלך יהודה
Yekhonya ben Yehoyaqim, Melekh Yehuda
Kematian: Raja Nebukadnezar II dari Babel mengundang baginda ke Babylon, di mana baginda tinggal dan mangkat..
Baitulmuqaddis ditawan Babylonia dan Yoyakhin digulingkan pada 16 Mac, 597 SM. Dipanggil Yekhonya dalam Kitab Yeremia dan Ester
Zedekia
Memerintah 11 tahun.
597–587 597–586 597–586 597–586 צדקיהו בן-יאשיהו מלך יהודה
Tzidqiyahu ben Yo’shiyahu,
Melekh Yehuda
Kematian: dalam penjara.[6]
Pemerintahannya memulakan pemberontakan kedua terhadap Nebukadnezar (588–586 SM). Baitulmuqaddis ditawan selepas lama kota dikepung, bait suci dibakar, Zedekia dibutakan dan ditawan, dan Yehuda menjadi wilayah Babylonia.

Nota kaki dalam Amplified Bible mengenai Yeremia 36:3 mempertikaikan Raja Yoyakim mati biasa, bahawa baginda memberontak terhadap Babylon beberapa tahun selepas peristiwa-peristiwa ini (2 Raja 24:1) dan diserang oleh banyak kumpulan dari pelbagai bangsa di bawah Babylon (2 Raja-raja 24:2), dan menyimpulkan bahawa baginda mati dalam keadaan kejam dan dikebumikan dengan hina seperti yang dinubuatkan oleh Yeremia (Yer. 22:13 – 19).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hans M. Barstad (2008). History and the Hebrew Bible: Studies in Ancient Israelite and Ancient Near Eastern Historiography. Mohr Siebeck. m/s. 90. ISBN 978-3-16-149809-1.
  2. ^ 2 Raja-raja 25:8–21
  3. ^ Mengenai penawanan Babylon yang mengusir minoriti penduduk Yehuda, lihat: Klaus-Peter Adam; Mark Leuchter (2010). Klaus-Peter Adam; Mark Leuchter (penyunting). "Preface", Soundings in Kings: Perspectives and Methods in Contemporary Scholarship. Fortress Press. m/s. 2–. ISBN 978-1-4514-1263-5.
  4. ^ Edwin Thiele, The Mysterious Numbers of the Hebrew Kings, (ed. pertama; New York: Macmillan, 1951; ed. 2d; Grand Rapids: Eerdmans, 1965; ed. ke-3; Grand Rapids: Zondervan/Kregel, 1983). ISBN 0-8254-3825-X, 9780825438257
  5. ^ Kitchen, K. A. (2003). On the reliability of the Old Testament. Grand Rapids dan Cambridge: William B. Eerdmans Publishing Company. ISBN 0-8028-4960-1.
  6. ^ Yeremia 52:11