Raku-go

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rakugoka di Festival Sanma

Rakugo (落語, secara harfiah bermaksud "kalimah yang jatuh") merupakan sebuah hiburan lisan Jepun. Dalam rakugo, seorang pencerita berseorangan (落語家, rakugoka) akan duduk di atas pentas yang digelar Kōza (高座). Dengan hanya menggunakan kipas kertas (扇子, sensu) dan tuala kecil (手拭, tenugui) sebagai alatan, dan tanpa berdiri daripada kedudukan seiza, artis rakugo akan mengambarkan cerita komikal yang panjang. Cerita biasanya melibatkan dialog antara dua atau lebih watak dan perbezaan pada watak hanya digambarkan melalui perubahan laras suara, nada, dan pusingan kepala.