Penglipur lara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Penglipur lara (Jawi: ڤڠليڤور لارا) ialah penggiat seni menyampai­kan kisah cerita berunsur jenaka, yakni "lipur lara", kepada khalayak ramai; penyampaian ini biasanya diselitkan dengan pemainan lenggok bahasa dan kata termasuk syair, pantun, seloka dan sebagainya untuk mencantikkan penceritaan.

Istilah ini pada asalnya bererti "penghibur (penglipur) hati orang yang dukacita (lara)".[1]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Ia merupakan salah satu sastera lisan orang Melayu. Pada zaman dahulu, penglipur lara dianggap sebagai budayawan tempatan yang berperanan sebagai sumber berita, hiburan dan pendidikan.[2]

Di Kelantan, pekerja ini diberi gelaran "Tok Selampit" (توق سلامڤيت‎) yang bercerita dengan iringan gesekan rebab.[3] Di Perlis, pencerita ini diberi nama "Awang Batil" (اوڠ باطيل‎) atau "Awang Belanga" (اوڠ بلڠا‎) yang bercerita sambil memainkan suatu belanga atau bekas loyang disebut batil.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dr. Ismail Hamid (2005). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Longman Malaysia. ISBN 9789679761108.
  2. ^ Raja Yusoff Ariffin (Mei 2012). "Penglipur Lara Terakhir". Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
  3. ^ a b Patricia Matusky; Tan Sooi Beng (2017). The Music of Malaysia: The Classical, Folk and Syncretic Traditions. Oxon: Routledge. m/s. 258. ISBN 978-1-4724-6504-7.
  4. ^ Mohammed Taib Osman (2013). "The Tradition of Storytelling in Malaysia". Dalam MacDonald, Margaret Read (penyunting). Traditional Storytelling Today: An International Sourcebook. Routledge. m/s. 140.