Ram Mandir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ram Mandir

Kuil semasa upacara Prana Pratishta
Nama: Ram Mandir
Pencipta: Shri Ram Janmabhoomi Teerth Kshetra
Tarikh pembinaan: 2024
Dewa-dewi utama: Rama
Seni bina: Senibina Nagara

Ram Mandir (Hindi: राम मंदिर, lit. 'Kuil Rama') ialah sebuah kuil Hindu yang terletak di tapak ziarah suci Ram Janmabhoomi di Ayodhya, Uttar Pradesh, India. Ramai penganut Hindu percaya tapak itu adalah tempat kelahiran Rama, yang mereka sembah sebagai Avatara (penjelmaan) Vishnu ketujuh. Pembinaan kuil itu akan dijalankan oleh Shri Ram Janmabhoomi Teerth Kshetra. Kuil ini direka oleh keluarga Sompura Gujarat.[1]

Pada tahun 1528, Kesultanan Mughal mendirikan sebuah masjid di tapak tersebut, Masjid Babri. Pertikaian mengenai penggunaan undang-undang tapak tersebut mengakibatkan sekumpulan penunjuk perasaan Hindu memusnahkan masjid secara haram pada tahun 1992. Sebagai sebahagian daripada keputusan Mahkamah Agung India (2019), ia telah mengarahkan supaya kuil itu dibina di tapak tersebut.[2] Mahkamah merujuk laporan Badan Arkeologi India (ASI) sebagai bukti yang menunjukkan kewujudan struktur di bawah Masjid Babri, yang didapati tidak Islamik.

Pada 5 Ogos 2020, Bhumi Pujan (terjemahan majlis pecah tanah) pembinaan Ram Mandir telah dimulakan oleh Narendra Modi, Perdana Menteri India.[3]

Referensi[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bajpai, Namita (7 May 2020). "Land levelling for Ayodhya Ram temple soon, says mandir trust after video conference". The New Indian Express. Dicapai pada 8 May 2020.
  2. ^ Pandey, Alok (23 July 2020). "Ayodhya's Ram Temple Will Be 161-Foot Tall, An Increase Of 20 Feet". NDTV. Dicapai pada 23 July 2020.
  3. ^ Pandey, Alok (23 July 2020). ""Six temples of different deities in Ayodhya Ram temple's final blueprint"". the hindu. Dicapai pada 23 July 2020.