Rancangan permainan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebuah rancangan permainan atau rancangan kuiz (bahasa Inggeris:game show atau quiz show) melibatkan orang awam atau para selebriti, kadang-kadang secara berpasukan, yang bermain dalam suatu permainan, sama ada berbentuk kuiz soal jawab, menyelesai teka teki, atau menyahut cabaran fizikal dan/atau mental untuk meraih hadiah atau mata. Ada rancangan sedemikian yang memerlukan para pesertanya bersaing dengan satu sama lain dan ada yang melibatkan para peserta menyahut cabaran dengan sendirian bagi meperoleh keputusan yang memuaskan. Rancangan permainan sering memberi ganjaran kepada pesertanya seperti wang tunai, pakej percutian atau barang-barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh penaja rancangan itu. Rancangan permainan televisyen awal diturunkan daripada rancangan-rancangan yang serupa di siaran radio.

Jenis[sunting | sunting sumber]

  • Bentuk paling ringkas bagi rancangan permainan ialah rancangan kuiz yang mana peserta bersaing antara satu sama lain dengan menjawab soalan kuiz atau menyelesaikan teka-teki. Rancangan kuiz biasanya melibatkan orang awam, namun kadang-kadang rancangan khas yang melibatkan selebriti dan hadiahnya disumbang kepada kebajikan. Contohnya, Roda Impian. Sesetengah rancangan kuiz, seperti permainan kata Piramida memasangkan selebriti dan orang awam.
  • Permainan panel biasanya melibatkan satu panel selebriti yang menjawab soalan mengenai subjek tertentu seperti sukan atau muzik dan sering dilangsungkan untuk tujuan lawak serta juga mengaut mata.
  • Jenis yang ketiga melibatkan peserta menyiapkan cabaran fizikal atau bermain dalam cabaran yang melibatkan unsur kebarangkalian atau strategi di samping atau, di sebalik, ujian pengetahuan am. Contohnya, format Deal or No Deal menggabungkan unsur nasib dan strategi.
  • Rancangan permainan realiti makin laris kebelakangan ini. Dalam rancangan realiti pertandingannya lazimnya dilangsungkan selama beberapa hari atau berminggu-minggu dan prestasi seseorang peserta sepanjang permainan ini berdasarkan sebentuk pertandingan populariti yang mana biasanya melibatkan undian tidak setuju oleh peserta lain atau orang awam.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]