Reka bentuk berbantu komputer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Reka bentuk berbantu komputer (computer-aided design, CAD) ialah penggunaan teknologi komputer bagi membantu mereka bentuk, mengolah, mengoptimumkan dan terutamanya membuat lakaran[1] (lukisan teknikal dan lukisan kejuruteraan) bagi sesebuah bahagian atau barang keluaran, termasuk keseluruhan bangunan. Ia merupakan cara perhubungan yang berasaskan kedua-dua tampak (atau lukisan) dan lambang, lazim kepada bidang teknikal tertentu.

CAD barangkalinya boleh digunakan untuk mereka bentuk lekukan dan bentuk ruang dua dimensi (2D) mahupun dalam ruang tiga dimensi (3D), termasuk pepejal dalam bahan keduanya.[2] Reka bentuk awal kereta akan menggunakan program reka bentuk berbantukan komputer untuk menghasilkan lukisan lengkap reka bentuk kereta. Reka bentuk itu akan dianalisis, diuji, dan diperbaiki untuk menjadikan ia satu lukisan elektronik dan spesifikasi yang boleh digunakan untuk perkilangan. Selain itu perisian tersebut boleh digunakan untuk membuat reka bentuk bangunan dan lukisan seni bina. AutoCAD ialah perisian reka bentuk komputer yang paling dikenali.

Di samping itu, penggunaan komputer memainkan peranan dalam meningkatkan kadar pengeluaran, mutu dan prestasi kerja. Alat pengawalan kaedah analog telah digantikan dengan alatan pengawalan jenis digit supaya dapat berhubung dan dikawal oleh komputer. Edaran asas sistem kawalan mampu mengesan, mentafsir dan mengawal digunakan dalam proses berkomputer dan dikenali sebagai proses kawalan automatik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Narayan, K. Lalit (2008). Computer Aided Design and Manufacturing. New Delhi: Prentice Hall of India. m/s. 3. ISBN 812033342X. 
  2. ^ Farin, Gerald; Hoschek, Josef; Kim, Myung-Soo (2002). Handbook of computer aided geometric design [electronic resource]. Elsevier. ISBN 978-0-444-51104-1. 

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.