Remington M1858

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Remington New Model Army
Remington New Model Army Revolver dibuat pada tahun 1863 - 1875.
JenisRevolver
Tempat asalAmerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1858–1873
Digunakan olehAmerika Syarikat
Negara Confederate
Pribumi Amerika
Kerajaan Hawaii
United Kingdom
Wilayah Jajahan Inggeris, Kanada
Koloni New South Wales
Empayar Perancis
Empayar Russia
Empayar Jepun
Empayar Mexico
PerangPerang Saudara Amerika
Perang Amerika Indian
Serangan Fenian
Pemberontakan Red River
Perang Perancis Prussia
Perang Boshin
Perang Perancis Mexico Kedua
Sejarah pengeluaran
PerekaFordyce Beals
Direka1858
PengeluarSenjata Api Remington
Dihasilkan1858 sehingga 1875
Jumlah dibinaLebih daripada 230,000 unit
Aneka10
Spesifikasi
Berat2 lb, 13 oz (1.27 kg)
Panjang13.25 (337 mm)
Panjang laras8 (203 mm)

KartrijMesiu dan bola atau Kartrij keras dengan peluru silinder
Peluru metalik bagi versi conversion
Kaliber.31, .36, and .44 percussion,
.32 rimfire (converted),
.38 centerfire (converted),
.38 rimfire (converted),
.44 centerfire (converted),
.46 rimfire (converted)
AksiAksi-tunggal
Halaju muncung550–1286 ft/s
Jarak tembakan efektif75 ela
Sistem suapan6-peluru pada 1 silinder pusingan
PenglihatanPejara

Revolver Model Remington-Beals[meragukan ] bersama-sama dengan model dan variasi berikutnya ialah revolver percussion yang dikeluarkan oleh Eliphalet Remington & Sons dalam kaliber .31 (Soket) .36 (Tentera Laut) atau .44 (Tentera Darat), yang diguna semasa Perang Saudara Amerika.

Revolver Remington ialah senjata api tambahan bagi Tentera Union sehingga kebakaran kilang Colt pada tahun 1864. Revolver Colt 1860 Army tidak tersedia bagi penggunaan segera. Selepas itu, revolver Remington telah ditempah dalam jumlah besar oleh faksi Union. Samuel Remington sebagai pemilik syarikat mula mengembara ke Washington pada musim luruh tahun 1861, menawarkan penjualan revolvernya kepada pentadbir Union dengan kos hanya $15 setiap satu revolver, lebih murah $10 daripada harga Colt Army 1860 pada masa itu. Meski dengan harga diskaun, sehingga akhir Mac 1862, Tentera Union hanya menempah penghantaran dari syarikat senjata api Remington sebanyak 7,250 buah.

Remington 1858 juga dilihat pengunaannya pada masa Wild West di Amerika Syarikat bahagian barat dan tempat-tempat lain dengan kegunaan terhad.