Residen Jeneral

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Jeneral Residen ialah pentadbiran baru selepas Perjanjian Persetiaan Persekutuan 1895 yang telah ditandatangani oleh Sultan Perak,Sultan Selangor, Sultan Negeri Sembilan dan Sultan Pahang kerana kelemahan sistem residen.

Sistem Residen telah diperkenalkan di empat negeri, iaitu:

  • Andrew Clarke iaitu residen di perak dan juga gabenor negeri-negeri selat (negeri yang pertama menerima residen)
  • J.G. Davidson iaitu residen di selangor (negeri yang kedua menerima residen)
  • Martin Lister iaitu residen di negeri sembilan (negeri yang ketiga menerima residen)
  • J.P. Rodger iaitu residen di pahang (negeri yang keempat menerima residen) Negeri-Negeri ini dianggap sebagai negeri naungan British. Keadaan ini menyebabkan kuasa Sultan dan Pembesar terancam, kelemahan sistem residen  :
  • Memaksa sultan menerima nasihat (residen memberi nasihat dalam pentadbiran, sultan hanya berkuasa dalam hal ehwal agama islam dan adat istiadat melayu dan setiap nasihat residen mesti dipatuhi)
  • Menguasai pentadbiran ( sultan dan pembesar kehilangan kuasa dan residen menguruskan segala hal pentadbiran negeri)
  • Mengambil alih pungutan cukai (residen mempunyai hak untuk memungut cukai dan pegawai british, iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil bertanggungjawab untuk memungut cukai)
  • Mencampuri adat (residen campur tangan dalam bidang kuasa sultan dan pembesar. selain itu, sistem perhambaan ini telah diamalkan secara turun-temurun oleh masyarakat melayu tradisional tetapi telah dihapuskan oleh residen)

residen di negeri-negeri melayu terlalu berkuasa kerana:

  • pelaksanaan sistem residen tidak teratur
  • tidak mempunyai panduan yang jelas untuk menjalankan tugas pentadbiran

selain itu, Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura tidak dapat mengawal kuasa Residen , Sistem pentadbiran di negeri-negeri yang menerima residen juga tidak seragam kerana setiap negeri mempunyai undang-undang sendiri. Hal ini mengakibatkan negeri-negeri yang menerima residen digabungkan di bawah satu sistem pentadbiran yang dinamakan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.

Faktor-faktor yang menyebabkan negeri-negeri ini perlu digabungkan ialah:

  • krisis kewangan pahang

Perbelanjaan negeri bertambah kerana Pahang menanggung banyak hutang akibat penentangan rakyat terhadap British.

British berpendapat jika Pahang digabungkan dengan negeri-negeri lain yang lebih kaya seperti Perak dan Selangor, masalah hutang negeri tersebut dapat dikurangkan.

  • Perkongsian perkhidmatan pakar

Dapat mengurangkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera,juruukur dan doktor.

  • Faktor keselamatan

Dapat memantapkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan.

  • Sistem Perhubungan

Sistem Perhubungan antara negeri Melayu seperti jalan raya dan landasan kereta api dapat dimajukan.

Pada tahun 1895, Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 1896. Negeri-negeri yang menerima Residen digabungkan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) atau Persekutuan 1896. Kuala Lumpur dijadikan sebagai pusat pentadbiran NNMB. Sistem Pentadbiran NNMB diketuai oleh Residen Jeneral iaitu Frank Swettenham merupakan Residen Jeneral yang pertama.

Sistem Organisasi Pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB) :

  • Pesuruhjaya Tinggi Brirish (Gabenor NNS di Singapura)
  • Residen Jeneral (Kuala Lumpur menjadi pusat pentadbiran)
  • Residen Perak, Residen Selangor,Residen Negeri Sembilan dan Residen Pahang.