Wikipedia:Hak cipta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Matlamat Wikipedia adalah mencipta sumber maklumat dalam bentuk ensiklopedia secara percuma. Lesen yang kami guna memberikan capaian percuma kepada kandungan kami sama seperti perisian bebas dilesenkan. Oleh itu kandungan Wikipedia boleh disalin, disunting dan disebarkan selagi versi baru memberikan kebebasan yang sama kepada orang lain dan mengakui Wikipedia sebagai sumber. Oleh itu, rencana Wikipedia kekal percuma selamanya dan boleh digunakan oleh sesiapapun tertakluk kepada beberapa syarat, yang bertujuan mengekalkan kebebasan tersebut.

Rencana ini merupakan sebahagian
daripada siri hak cipta Wikipedia.

Untuk memenuhi matlamat tersebut, teks terkandung dalam Wikipedia dilesenkan kepada umum di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL). Teks penuh lesen ini terdapat di Wikipedia:Teks Lesen Dokumentasi Bebas GNU.

Kebenaran diberikan untuk menyalin, mengedar dan/atau menyunting teks semua bahan Wikipedia di bawah Lesen Dokumen Percuma GNU, Versi 1.2 atau sebarang Versi dikeluarkan oleh Free Software Foundation, dengan tiada Bahagian Tak Berubah (Invariant Sections), tanpa Teks Halaman Hadapan (Front-Cover Texts), dan tanpa Teks Halaman Belakang (Back-Cover Texts).
Kandungan Wikipedia tertakluk kepada penafian.

Teks bahasa Inggeris GFDL merupakan satu-satunya dokumen sah (legally binding document); kandungan yang berikut merupakan pemahaman kami tentang GFDL: hak dan tanggungjawab pengguna dan penyumbang.

PENTING: Jika anda ingin menggunakan kandungan Wikipedia, baca terlebih dahulu seksyen "hak dan tanggungjawab pengguna". Anda kemudian perlu membaca "Lesen Dokumentasi Bebas GNU".

Hak dan tanggungjawab pengguna

Jika anda ingin menggunakan bahan Wikipedia di dalam buku/rencana/laman web atau sebarang penerbitan, anda boleh melakukannya, tetapi anda perlu mematuhi GFDL, seperti berikut:

  • bahan anda perlu dilesenkan di bawah GFDL,
  • anda perlu mengakui hak penulisan rencana (seksyen 4B), dan
  • anda mesti membenarkan laluan kepada bahan "salinan jelas" (transparent copy) (seksyen 4J). (Salinan jelas rencana Wikipedia adalah seperti teks wiki dan laman web HTMl)

Anda boleh memenuhi sebahagian syarat kedua dan ketiga dengan menyediakan pautan terus ke rencana Wikipedia berkenaan di sini. Anda juga perlu menyediakan salinan jelas teks baru. Anda digalakkan memberikan maklumat penulis rencana itu sendiri.

Contoh pemberitahuan

Di bawah ialah satu contoh pemberitahuan untuk sebuah rencana yang menggunakan rencana Wikipedia Cahaya:

Rencana ini dilesenkan di bawah <a href="http://www.gnu.org/copyleft/fdl.html">Lesen Dokumentasi Bebas GNU</a>. Ia menggunakan bahan daripada <a href="http://ms.wikipedia.org/wiki/Cahaya">rencana Wikipedia "Cahaya"</a>.

("Cahaya" dan URL Wikipedia haruslah digantikan dengan yang sepatutnya.)

Sebagai pilihan, anda boleh menyebarkan salinan rencana Cahaya anda beserta salinan GFDL (seperti dijelaskan dalam teks) dan menyenaraikan sekurang-kurangnya lima (atau semua jika kurang dari lima) penulis utama pada laman depan dokumen tersebut (atau di atas rencana).

Bahan kegunaan adil dan keperluan khusus

Semua teks asli Wikipedia dilesenkan di bawah GFDL. Kadang kala, rencana Wikipedia mungkin memasukkan gambar, bunyi atau petikan teks di bawah kegunaan adil (fair use) undang-undang hak cipta AS. Ini diterima jika tiada gambar/bunyi berlesan bebas dapat dijumpai (sehinggalah ia dijumpai).

Di Wikipedia, penggunaan bahan "kegunaan adil" harus dikenal pasti sebagai berpunca dari tempat lain (di laman penerangan imej atau laman sejarah). Ini boleh menghadkan penggunaan bahan-bahan tersebut di luar Wikipedia. Kandungan "kegunaan adil" ini tidak termasuk di dalam lesen GFDL, tetapi bergantung kepada undang-undang di mana media tersebut diminta (digunakan).

Wikipedia menggunakan sesetengah teks di bawah lesen yang sesuai dengan GFDL tetapi mungkin memerlukan syarat tambahan yang tidak diperlukan untuk teks asli Wikipedia (seperti Bahagian Tak Berubah (Invariant Sections), tanpa Teks Halaman Hadapan (Front-Cover Texts), dan tanpa Teks Halaman Belakang (Back-Cover Texts)). Bila bahan ini digunakan, anda harus memasukkan seksyen tak berubah tersebut kata demi kata (verbatim).

Garis panduan gambar

Imej dan gambar foto, seperti karya bertulis, tertakluk kepada hak cipta. Ia dimiliki seseorang melainkan ia diletakkan dengan jelas di dalam domain awam. Imej yang digunakan di internet perlu dilesenkan daripada pemilik hak cipta ataupun wakilnya. Dalam sesetengah kes, panduan kegunaan adil boleh digunakan untuk membolehkan sesuatu gambar digunakan.

Teg

Laman penerangan imej boleh diberikan teg untuk menunjukkan status imej tersebut dari segi undang-undang, seperti di Wikipedia:Teg hak cipta imej.

Karya asli pengarang Wikipedia

Baguslah, anda hebat.

Karya kerajaan AS

Karya oleh pekerja awam atau tentera kerajaan persekutuan AS dalam tugas mereka adalah dalam domain awam. Walau bagaimanapun, ini tidak termasuk karya oleh kontraktor yang dilesenkan oleh kerajaan AS. Begitu juga dengan karya kerajaan negeri AS.

Hak cipta kerajaan UK

Karya kerajaan UK mempunyai hak cipta selama 50 tahun dari tarikh ia diterbitkan/dihasilkan. Selepas itu ia di termasuk dalam domain awam.

Hak cipta di Malaysia

Karya-karya yang dihasilkan di Malaysia terlindung di bawah Akta Hakcipta 1987 selama 50 tahun sebelum memasuki domain umum.

Gambar bintang

Ini berdasarkan panduan imej di IMDB, jadi ia amat berkaitan dengan gambar orang terkenal, tetapi boleh juga digunakan untuk gambar lain. Gambar foto sah biasanya datang dari tiga sumber dan boleh digunakan dengan kebenaran:

  1. Studio, produser, penerbit majalah atau lokasi pemilik lokasi penggambaran.
  2. Jurugambar atau agensi yang mewakili jurugambar.
  3. Bintang tersebut sendiri atau wakilnya.

Hak dan tanggungjawab penyumbang

Jika anda menyumbang bahan kepada Wikipedia, anda dianggap melesenkannya kepada awam di bawah lesen GFDL (tanpa bahagian tak Berubah, teks halaman fadapan atau halaman belakang). Untuk menyumbang, anda mestilah mempunyai kuasa menggunakan lesen ini, yang beerti sama ada anda:

  • anda memiliki hak cipta bahan tersebut, contohnya kerana anda yang menghasilkannya, atau
  • anda mendapat bahan tersebut dari sumber yang membolehkan pelesenan di bawah GFDL, contohnya kerana bahan tersebut dalam domain awam atau memang berlesen GFDL.

Dalam kes pertama, hak cipta bahan tersebut masih milik anda. Anda boleh menerbitkannya semula dengan apa lesen atau bentuk yang anda inginkan. Namun anda tidak boleh mnegambil balik versi GFDL yang anda letakkan di sini, ia kekal di bawah GFDL selama-lamanya.Dalam kes kedua, jika anda menggunakan bahan GFDL, sebagai memenuhi tuntutan GFDL, anda harus mengakui penciptanya dan memberikan pautan kembali kepada lokasi rangkaian salinan asal.

Menggunakan hasil hak cipta orang lain

Jika anda menggunakan sebahagian karya orang lain atas sebab "kegunaan adil", atau anda mendapat izin untuk menggunakannya daripada pemilik hak cipta, anda harus menyatakan sedemikian (bersama nama dan tarikh). Tujuan kami adalah untuk menyebarkan sebanyak mungkin kandungan Wikipedia, jadi gambar dan fail bunyi asal yang dilesenkan di bawah GFDL atau dalam domain awam sentiasa lebih disukai berbanding fail media berhakcipta yang berstatus kegunaan adil.

Jangan gunakan bahan yang melanggar hak cipta orang lain. Ini boleh menghasilkan liabiliti undang-undang dan menjejaskan projek ini. Jika tidak pasti, karang sendiri.

Sila perhatikan bahawa undang-undang hak cipta mengawal penyataan kreatif idea, bukan idea atau maklumat itu sendiri. Jadi adalah sah untuk anda membaca rencana ensiklopedia atau karya lain, menulis kembali dengan cara anda dan menghantarnya kepada Wikipedia. Walau bagaimanapun anda digalakkan menyatakan sumber anda supaya lebih beretika. Lihat penciplakan dan kegunaan adil untuk perbincangan sejauh anda karya tersebut harus ditulis semula secara am.

Pautan kepada hasil hak cipta

Memaut kepada karya berhakcipta biasanya tiada masalah, asalkan anda telah mencuba memastikan bahawa laman tersebut tidak mencabuli hak cipta orang lain. Jika ya, sila jangan pautkannya. Sama ada pautan tersebut akan turut dikira melanggar hak cipta boleh diperbahsakan di mahkamah, tapi memaut kepada tapak yang sengaja melanggar hak cipta akan memberikan tanggapan buruk kepada kita. Jika tapak tersebut menggunakan konsep kegunaan adil, pautan dibolehkan.

Sekiranya anda bertemu dengan pelanggaran hak cipta

Ia bukanlah tugaslah setiap ahli Wikipedia untuk memantau setiap rencana bagi memastikannya tidak melanggar hak cipta, tetapi jika anda terjumpa atau merasakan ada pelanggaran, silalah sekurang-kurangnya nyatakan rasa syak anda di laman perbualan rencana terbabit. Orang lain akan memeriksa keadaan tersebut dan mengambil tindakan jika perlu. maklumat terbaik yang anda boleh berikan ialah URL atau sumber lain yang anda percaya merupakan sumber asal. Sekadar mengatakan sesuatu perkara melanggar hak cipta tidak membantu.

Sesetengah kes akan didapati palsu. Contohnya jika penyumbang tersebut merupakan pemilik suatu karya berhakcipta yang diterbitkan di tempat lain, dia masih boleh meletakkannya di sini sebagai GFDL jika dia mahu. Malah kadang-kadang juga kes sebaliknya berlaku, iaitu laman web lain yang meniru Wikipedia. Dalam kedua-dua kes, adalah dinasihatkan untuk dinyatakan sedemikian untuk mengelakkan amaran palsu lagi di masa hadapan.

Jika sebahagian kandungan laman memang melanggar hak cipta, ia patut dikeluarkan dan dinyatakan di laman perbualan bersama dengan sumber asal. Jika izin dapat diperolehi kemudian, teks tersebut boleh dikembalikan kepada rencana.

Jika semua kandungan laman tersebut disyaki melanggar hak cipta. Sila berikan sumber asal dan beritahu mana-mana penyelia. Jika anda benar dan tiada usaha untuk menulis kembali teks tersebut, ia akan dihapuskan. Dalam kes melampau seseorang penyumbang masih meletakkan bahan berhakcipta walaupun diberikan amaran, dia boleh disekat daripada menyunting untuk melindungi projek ini.

Lihat juga

Perbincangan lanjut...