Riak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Definisi dalam Islam

Bahasa: Riak (ﺍﻟﺮﻳﺎﺀ) berasal dari kata ﺍﻟﺮﺅﻳﺔ (ru’yah), bermaksud menampakkan atau memperlihatkan suatu amal kebaikan kepada sesama manusia.

Istilah: Melakukan ibadah dengan niat supaya dipuji manusia, dan tidak berniat beribadah kepada Allah SWT.

Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqolani dalam kitabnya Fathul Baari berkata: “Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amalan itu”. Imam Al-Ghazali: Riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebaikan. Imam Habib Abdullah Haddad: Riak adalah menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.

Riak ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Melakukan ibadah, untuk mendapatkan perhatian atau lain - lain.

Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya.

Riak sering di salah ertikan dari makna asal. ( Yang merujuk kepada Ujub)

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya. ( Contoh : Melakukan, menunjukkan kekayaan, kemewahan, atau berkaitan untuk membanggakan diri, pujian dan sebagainya. )

Sumber : Jabatan Agam Islam Malaysia.

Templat:Definisi : dalam bahasa Melayu

(adjektif)

Bersinonim dengan angkuh, bongkak, congkak, pongah, sombong, bangga, takbur, tinggi diri, besar diri;,

Kata Terbitan : keriakan,

Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka