Rigsdagen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rigsdagen (sebutan Denmark: [ˈʁisˌd̥æːˀən]) merupakan nama perundangan kebangsaan Denmark dari tahun 1849 sehingga 1953.

Rigsdagen merupakan Parlimen Denmark pertama dan telah diperbadanankan dalam Perlembagaan 1849. Ia adalah satu badan perundangan dwidewan yang terdiri daripada Folketing dan Landsting. Perbezaan antara Folketing dan Landsting agak kabur memandangkan kedua-duanya mempunyai kuasa yang serupa. Pada 1953, Perlembagaan baru diluluskan dan diterima pakai, dengan keputusan bahawa Rigsdagen dan Landsting dimansuhkan dan disatukan bawah Folketing.

Rigsdagen, sama seperti Folketing pada hari ini, berpusat di Christiansborg Palace di tengah Copenhagen.

Keahlian Rigsdagen terhad kepada sebahagian sektor-sektor masyrakat – wanita tidak dibenarkan untuk menyertainya.

Nama ni adalah sama seperti beberapa perundangan di beberapa negara Jerman seperti Reichstag di Jerman, Riksdag di Sweden, atau Riksdag di Finland.