Ritma sirkadian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Ritma sirkadian ialah suatu ritma dalaman hidupan yang sentiasa berjalan mengikut kitaran 24 jam sehari (circadian - pinjaman bahasa Latin daripada circa, "sekitar" dan diem / dies, "hari"). Kedua-dua haiwan dan tumbuhan mempunyai kitaran sebegini yang menentukan peredaran hidup seperti tidur, makan, memburu serta fungsi badan yang lain pada waktu yang bersesuaian.

Kitaran ini begitu ditetapkan dalam badan hidupan agar masa biologi dapat dikekalkan meskipun tanpa sebarang penanda persekitaran, bahkan ritma sebegini turut dijejaskan faktor masa seperti cahaya siang serta tempoh panjangnya dalam sehari.