Riwayat Akhir Zaman Musim 7

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Riwayat Akhir Zaman Musim 7
Dibintangi
oleh
Negara asalMalaysia
Bil. episod13
Keluaran
RangkaianTV AlHijrah
AlHijrah Plus
Facebook TVAlhijrah
Tarikh siaran5 Januari 2024
Kronologi
← Sebelumnya
Musim 6

Musim ketujuh Riwayat Akhir Zaman juga dikenali sebagai RAZSS7 diarahkan oleh Ande Umar Osman serta dibantu oleh Zack Eikmal, memulakan tayangan perdana di TV AlHijrah bermula 5 Januari 2024 menggantikan Riwayat Akhir Zaman Istimewa Palestine. 70 peratus daripada keseluruhan episod dalam musim ini menggunakan drama yang disulami tausiyah dalam suasana yang lebih santai berbanding musim enam yang menggabungkan drama dan semi bual bicara.

Episod[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Tarikh siaran
1 "Islam Pada Nama" 5 Januari 2024 (2024-01-05)
2 "Al-Quran Akan Hilang & Agama Akan Diangkat" 12 Januari 2024 (2024-01-12)
3 "15 Maksiat Yang Menurunkan Bala" 19 Januari 2024 (2024-01-19)
4 "Lima Maksiat Yang Disegerakan Balasannya" 26 Januari 2024 (2024-01-26)
5 "Urusan Pada Bukan Ahlinya" 2 Februari 2024 (2024-02-02)
6 "Bermegah Dengan Bangunan Masjid" 9 Februari 2024 (2024-02-09)
7 "Menjual Agama Kerana Dunia" 16 Februari 2024 (2024-02-16)
8 "Haji & Umrah Bukan Kerana Allah" 23 Februari 2024 (2024)
9 1 Mac 2024 (2024-03-01)
10 "Mengawal Diri" 8 Mac 2024 (2024-03-08)
11 "Mengawal Amarah" 15 Mac 2024 (2024-03-15)
12 22 Mac 2024 (2024-03-22)
13 29 Mac 2024 (2024-03-29)

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan Khas[sunting | sunting sumber]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama digerakkan oleh watak Adli yang terlalu mengagungkan keinginan dan nafsu dunianya sehingga bergelumang dosa. Ustaz Jafri yang semakin masyhur sebagai seorang penceramah yang digemari ramai telah cuba dianiaya Adli dengan cara mempengaruhi ustaz agar mengikut segala perancangannya.

Adli menghasut Ustaz Jafri supaya mengaut keuntungan berpuluh kali ganda dengan hanya memberi ceramah di merata tempat. Namun Ustaz Jafri yang tetap teguh imannya cuba menyedarkan Adli.