Rizab Kebangsaan "Sofia Kyiv"

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rizab Kebangsaan "Sofia Kyiv" ( Bahasa Ukraine: Національний заповідник «Софія Київська») ialah kawasan rizab bersejarah yang menempatkan beberapa buah muzium di Kyiv dan Sudak dan bertanggungjawab menyelenggara dan memelihara tapak-tapak bersejarahnya.

Senarai mercu tanda kompleks[sunting | sunting sumber]

Katedral St. Sofia di Kyiv

Kiev[sunting | sunting sumber]

  • Kompleks Katedral Santa Sofia, mercu tanda utama.
  • Gerbang Emas, sebahagian daripada Sofia Kyiv sejak 1983.
  • Biara St. Cyril, diasaskan tahun 1929, dipindahkan ke Sofia Kyiv pada tahun 1965.
  • Gereja St Andrew, sebahagian daripada Tapak Bersejarah Ukraine 1935, dipindahkan ke Sofia Kyiv pada 1939 dan 1968.

Krimea[sunting | sunting sumber]

  • Kubu Sudak, dibina pada tahun 1371–1460, menjadi sebahagian daripada Sofia Kyiv pada 1958.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1934, pihak berkuasa Soviet Ukraine mengasaskan sebuah tapak rizab budaya di sekeliling Katedral Santa Sofia. Ini telah menyelamatkan salah satu tapak paling suci di Eropah Timur daripada dimusnahkan semasa kempen antiagama Soviet pada awal 1930-an. Rizab ini diwujudkan di mana katedral Gereja Ortodoks Autocephalous Ukraine yang dibubarkan berdiri pada tahun 1930. Secara beransur-ansur peranan muzium tersebut telah diperluaskan untuk menjaga lokasi-lokasi bersejarah Kyiv yang lain.

Pada tahun 1994, rizab ini telah diberi status Kebangsaan.

Gereja St. Andrew dan St. Cyril masih aktif. Gereja St. Andrew adalah milik Gereja Ortodoks Autocephalous Ukraine, manakala St. Cyril adalah milik Gereja Ortodoks Ukraine (Patriarkat Moscow) dan merupakan sebahagian daripada Biara St. Cyril yang telah diaktifkan semula.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

50°27′00″N 30°31′00″E / 50.4500°N 30.5167°E / 50.4500; 30.5167