Robert Anderson Van Wyck

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Robert Anderson Van Wyck
Robert Anderson Van Wyck
Datuk Bandar New York ke-91
Dalam jawatan
1 Januari 1898 – 31 Disember 1901
Didahului olehWilliam L. Strong
Digantikan olehSeth Low
Butiran peribadi
Lahir20 Julai 1849
New York, Amerika Syarikat
Meninggal dunia14 November 1918(1918-11-14) (umur 69)
Paris, Perancis

Kehidupan awal dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Robert Anderson Van Wyck merupakan anak kepada pasangan William Van Wyck dan Lydia Ann Maverick. Beliau merupakan anak sulung dari 7 orang adik beradik. Adik beradiknya yang terkenal termasuk adik ketiganya, Augustus Van Wyck [1] dan adik perempuannya Lydia Maverick Van Wyck. Beliau berkahwin dengan Margretia Brinckerhoff Van Wyck.[2] Beliau menyambung pelajarannya di Wilson Academy di North Carolina, Amerika Syarikat kemudian meneruskan pengajian sarjana di Universiti Columbia, Amerika Syarikat. Adik iparnya, Robert Hoke seorang ahli perniagaan dari North Carolina antara tokoh terkenal semasa perang saudara Amerika. Selain itu, sepupu beliau Charles Van Wyck dari keturunan Theodorus Van Wyck (1668-1753).[3][4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya asal beliau ialah sebagai seorang ahli perniagaan. Kemudian beliau menuntut ilmu guaman sebelum dilantik sepenuhnya sebagai peguam bertauliah. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perniagaan dan perundangan sebelum dia menyertai dunia politik. Perniagaan beliau maju bergantung dengan rangkaian sosial yang di bentuk sebaik mungkin. Beliau menjawat berbagai jawatan atasan persatuan dan kesatuan. Selain itu, beliau merupakan ahli tetap freemason di Lodge Ancient, New York, Amerika Syarikat.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menempah nama di dunia politik dan menyertai Parti Demokrat Amerika Syarikat. Beliau aktif dalam banyak peringkat konvensyen, negeri dan nasional. Kemudian beliau dilantik sebagai Hakim di Mahkamah New York serta dilantik sebagai Ketua Hakim di mahkamah tersebut.

Van Wyck meletakkan jawatan sebagai hakim dan menerima pencalonan Parti Demokrat untuk merebut kerusi Datuk Bandar New York. Beliau dipilih melalui pilihan raya Datuk Bandar pada tahun 1897 dengan majoriti yang besar. Beliau menjawat jawatan tersebut dari 1898 hingga 1901.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau dan isterinya pergi melancong di kota Paris, Perancis. Di sana beliau telah jatuh sakit, akhirnya beliau disahkan meninggal dunia pada 14 November 1918 pada usia 69 tahun. Beliau disemadikan di Gereja Suci Trinity Amerika. Jasadnya kemudian di kembalikan ke kota New York dan dikebumikan di tanah perkuburan kristian Woodlawn, Bronx, Amerika Syarikat. [5][6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Fitch, Charles Elliott (1916). Encyclopedia of Biography of New York. 4. New York, NY: American Historical Society. m/s. 88.
  2. ^ Portrait and Biographical Record of Suffolk County (Long Island) New York. New York, NY: Chapman Publishing Co. 1896. m/s. 958–961.
  3. ^ Paumgarten, Nick. "The Van Wyck Question", The New Yorker, 11 Jun 2001. Dicapai September 12, 2008.
  4. ^ Bilefsky, Dan (25 Mei 2011). "In Jam on Van Wyck? Try to Say It Right (published the next day in print on page A28 as Stuck on the Van Wyck Expressway? Just Try to Pronounce It". New York Times. m/s. A28. Dicapai pada 13 Mac 2016.
  5. ^ "Robert A. Van Wyck Dies in Paris Home. First Mayor of Greater New York Had Lived Abroad for 12 Years. His Administration Marked by So Called Ice Trust, Ramapo WaterSteal, and Police Scandals. In Administrative Scandals. Police Department Accused. Effort Made to Remove Him". New York Times. 16 November 1918. Dicapai pada 22 Jun 2008. Robert A. Van Wyck, former Mayor of New York City, is dead here. Funeral services will be held Saturday morning in the American Holy Trinity Church. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  6. ^ Robert Anderson Van Wyck di Find a Grave

Pautan luar[sunting | sunting sumber]