Rombongan ke Cythera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rombongan ke Cythera (versi Louvre)

Rombongan ke Cythera (Bahasa Inggeris: Embarkation for Cythera) ialah lukisan oleh pelukis Perancis Jean-Antonie Watteau.[1] Lukisan ini menggambarkan perayaan cinta atau sambutan yang dinikmati aristokrat Perancis pada Regence selepas kematian Louis XIV, yang secara umumnya dilihat sebagai tempoh kegembiraan dan kedamaian selepas beberapa tahun terakhir yang menyedihkan pada pemerintahan sebelumnya.

Pada sekitar tahun 1717, Jean-Antonie menghasilkan versi lukisan pertamanya yang lebih tersurat temanya, yang memperlihatkan persamaan dari segi kandungan dengan lukisan Louvre. Pada tahun 1904, Claude Debussy telah menggubah karya piano solo yang berjudul "L'Isle Joyeuse" yang mungkin telah diilhamkan daripada lukisan ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]