Ron Stoppable

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kim dan Ron ditangkap oleh Drakken

Ron Stoppable adalah watak fiksyen dari siri TV animasi Kim Possible dimana Ron adalah kawan rapat dan pembantu kepada protagonis siri ini.Pelakon suara oleh Will Friedle.









Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ron dan Kim mengenali antara satu sama lain sejak prasekolah lagi,dan menjadi kawan baik sepanjang hidup mereka.Ron seorang yang ceria,baik hati tetapi juga sangat kekok,"goofy",dan juga kekurangan pengetahuan umum.Kim kadang-kala tidak dapat bersabar dengan kepelikan Ron,tetapi Kim dapat menerimanya kerana budi baik Ron.Motto Ron adalah "never be normal" sperti yang dinyatakan dalam episod,Crush.

Sikap Ron berlawanan dengan Kim,Ron sangat menerima keadaan dirinya dan tidak mempedulikan apa pandangan orang lain terhadap dirinya.Walaubagaiman pun,Ron sangat takut kepada hampir semua benda yang lain(termasuk monyet,walaupun Ron dengan perlahan dapat mengatasi rasa takutnya itu),.....

Kuasa dan Kemahiran[sunting | sunting sumber]

Ron telah terdedah pada Kuasa Monyet Mistik.Bila Ron memanggil kuasa tersebut,kuasa itu memberikan Ron pengetahuan seni mempertahankan diri berdasarkan naluri,juga kekuatan yang dipertingkat.Walaubagaimana pun,Ron hanya mampu memanggil kuasa tersebut secara separa sedar,samaada dengan kalah dalam pertarungan atau bila Ron berasa marah(seperti dalam A Stich In Time bila Ron merasa kemarahan yang amat sangat selepas Shego mengaku bahawa dialah yang memindahkan keluarganya ke Norway).Apabila nalurinya mengambil alih,Kuasa Monyet Mistik dapat menjadikan Ron hampir tidak dapat dikalahkan.Tapi bila Ron cuba mengawal kuasa tersebut secra sedar,keadaan buruk berlaku.Ron sangat handal mengelak benda walaubagaimana pun,pada dua peristiwa berbeza,Ron berjaya mengelak serangan gabungan Kim dan Shego.Ron juga mempunyai jumlah "tuah bodoh"(yang Ron panggil "kemahiran bodoh") yang sangat menakjubkan dan Ron selalunya menyelamatkan keadaan secara tidak sengaja.

KP[sunting | sunting sumber]

Ron suka memanggil Kim KP.Tidak diketahui bila dan bagaimana Ron memanggil Kim begitu.Dipercayai Ron mula menggunakan singkatan nama itu sejak awal zaman remaja.Ramai peminat percaya,jika ada orang lain yang memanggilnya KP selain Ron,Kim akan rasa marah,walaupun tiada bukti diberi.

KP digunakan oleh peminat-peminat Kim Possible sebagai singkatan yang popular untuk siri ini.

Perasaan Cinta[sunting | sunting sumber]

  • Shego
    • Ron hanya menyukai Shego sekejab sahaja dalam Tick Tick Tick.Ron nampaknya tidak menunjukan bahawa Ron menyukai Shego dalam episod-episod yang seterusnya.Walaubagaimanapun,Ron pernah berkata yang Shego agak comel dalam A Stich In Time.
  • Amelia
    • Dikatakan dalam episod "The New Ron", "Animal Attraction", and "Ron Millionaire",Amelia menyukai Ron adalah kerana gaya rambut baru Ron.Apabila Ron kehilangan gaya rambut tersebut,Ron juga kehilangan Amelia.Ron sangat teruja apabila dia mengetahui menurut Animology yang Amelia adalah pasangan sehidup-sematinya dalam episod "Animal Attraction".Ron juga pernah dilihat berpoya-poya dengan Amelia dalam episod "Ron Millionaire".
  • Tara
    • Tara adalah yang paling dikenali antara semua gadis yang pernah mendampingi Ron,walaupun begitu,kebanyakan peminat percaya ini akan berubah bila Ron bertemu-janji dengan Kim.Tara adalah salah seorang gadis yang merenung Ron dalam The New Ron.Tidak seperti yang lain,Tara melihat diri Ron yang sebenar,dan Tara suka apa yang dilihatnya.Tara juga mencium Ron(di pipi) dalam Sink or Swim.Itulah ciuman pertama dilihat dalam siri ini.
  • Zita Flores
    • Gadis idaman Ron pada permulaan musim ke-2,Kemungkinan besar adalah teman wanita pertama Ron.Hubungan mereka mungkin akan disebut dalam musm ke-4.
  • Mary Gariono
    • Ron hanya menyebut bahawa Mary berkata "Hai" kepadanya dalam A Stich In Time
  • Yori
    • Yori adalah seorang pelajar dari sekolah ninja Yamanouchi,Yori adalah sama dengan Josh.Sepanjang perjanan siri ini,perasaan cinta antara Ron dan Yori semakin mendalam.Walaubagaimana pun,semua ini berubah,dlam So the Drama,bila Ron and Kim berkongsi ciuman yang hebat.
  • Bonnie
    • Ron pernah menunjukan bahawa dia tertarik pada Bonnie.Ron pernah berkata yang Bonnie "warming up" padanya.Dalam Ron Millionaire,Bonnie menunjukan bahawa dia menyukai Ron,tetapi hanya ketika itu yang Ron masih kaya.
  • Penny
    • Penny hanya muncul dalam The Truth Hurts.Penny meminati Ron kerana kejujuran Ron.Kagum bila Ron mengaku yang Ron tidak pernah mencium mana-mana gadis sebelum ini,dan Ron berkata yang Penny punya mata yang cantik.Pada pengakhiran episod,Ron berasa gemuruh apabila mendekati Penny,Penny salah sangka dan terus pergi.
  • Kimberly Ann Possible
    • Bintang siri ini dan kawan rapat Ron,lama-kelamaan mereka menjadi lebih dari seorang sahabat.Pengarah siri ini,seperti yang dinyatakan beliau semasa temuramah,telah memilih Kim dan Ron sebagai pasangan adalah menyatakan moral "give geeks a chance." Kim dan Ron punya persahabatan yang tahan lama sebelum terlibat dalam perasaan cinta dalam So The Drama.Telah dijangkakan oleh sesetengah peminat bahawa ada pepatah menyatakan bahawa persahabatan yang kuat akan membibitkan perasaan cinta.Menurut pengarah siri ini,Kim dan Ron akan keluar bertemu-janji dalam musim keempat akan datang..Dipercayai penambahan elemen cinta adalah sesuatu yang positif,manakala ada peminat yang lain menentangnya.