Rotten Tomatoes

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rotten Tomatoes
Rotten Tomatoes logo.svg
Laman sesawangrottentomatoes.com
Pengiklanan?Ya
Jenis lamanAggregator ulasan filem dan komuniti pengguna
PendaftaranTidak diwajibkan
Pemilik[1]
Dilancarkan pada12 Ogos 1998; 21 tahun yang lalu (1998-08-12)
Kedudukan Alexanegative increase 658 (April 2019)
[2][3][4]

Rotten Tomatoes ialah sebuah laman sesawang dilancarkan pada tahun 1998 dikhaskan untuk ulasan dan berita filem; ia dikenali dengan meluas sebagai aggregator ulasan filem. Liputan kini termasuk kandungan TV juga. Nama laman ini berasal daripada amalan penonton yang membaling tomato busuk apabila tidak menyukai lakonan pentas yang kurang memberansangkan. Syarikat ini dicipta oleh Senh Duong dan sejak bulan Januari 2010, ia dimiliki oleh Flixster, yang juga telah diperolehi pada tahun 2011 oleh Warner Bros.

Sejak tahun 2007, ketua pengarang laman sesawang ini adalah Matt Atchity.[5] Versi tempatan boleh didapati di United Kingdom, India dan Australia. Dari awal tahun 2009 sehingga bulan September 2010, Current Television menyiarkan rancangan mingguan, The Rotten Tomatoes Show menampilkan hos dan bahan dari laman sesawang ini. Sebuah segmen yang lebih pendek telah dimasukkan ke dalam rancangan mingguan, InfoMania, tetapi ia berakhir pada tahun 2011. Pada bulan September 2013, laman sesawang ini memperkenalkan "TV Zone", sebuah bahagian untuk memberi ulasan rancangan TV.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Spangler, Todd; Spangler, Todd (2019-05-23). "Rotten Tomatoes Revamps Movie Audience Scores to Focus on Verified Ticket Buyers". Variety (dalam bahasa Inggeris). Dicapai 2019-05-23. 
  2. ^ "Fandango snaps up Rotten Tomatoes and Flixster". Engadget(AOL). Dicapai February 19, 2016. 
  3. ^ Anthony D'Alessandro. "Fandango Acquires Rotten Tomatoes & Flixster - Deadline". Deadline Hollywood. Penske Media Corporation. Dicapai February 19, 2016. 
  4. ^ "Rottentomatoes.com Traffic, Demographics and Competitors - Alexa". www.alexa.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai April 12, 2019. 
  5. ^ "Matt Atchity", The Young Turks Show, January 22, 2009

Pautan luar[sunting | sunting sumber]