Rujukan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Secara umumnya, satu rujukan merupakan satu hubungan di antara objek-objek dalam mana satu objek dirangka dengan mengaitkan dengan objek yang lain. Hubungan berkenaan seperti ini mungkin wujud dalam pelbagai domain, termasuklah logik, sains komputer, masa, sastera dan biasiswa.

Walaupun objek-objek dimana terma rujukan berkait mungkin berbeza dari sudut karakternya yakni berkisar dari contoh-contoh konkrit seperti rujukan kerja dimana termasuk titik-titik dan simbol-simbol.

Sungguhpun objek di mana istilah rujukan digunakan mungkin wujud dalam pelbagai ciri dari contoh konkrit seperti kerja rujukan di mana termasuk petunjuk atau symbol. Sifat rujukan sebagai peranan dalam bahasa dan pemikiran telah ada sejak Kurun ke-19. Masa ini, penggunaannya merupakan topic perbincangan penting. Objek yang dirujuk sebagai rujukan (di mana rujukan mengarah) dikenali sebagai referent.

Semantik[sunting | sunting sumber]

Dalam semantic, rujukan biasanya ditanggap sebagai hubungan antara noun atau pronouns dan objek yang dinamakan mereka. Dengan itu perkataan John merujuk pada John. Perkataan ia merujuk kepada objek yang disebut khusus sebelumnya. Objek dirujuk dikenali sebagai referent bagi perkataan itu.

Maksud[sunting | sunting sumber]

Sastera[sunting | sunting sumber]

Dalam Seni, rujukan merupakan benda asas bagi hasil kerja. Ini mungkin termasuk karya seni yang ada, penghasilan semula (contoh. gambar) atau dilihat secara langsung (contoh orang) objek, atau ingatan artis.

Penulisan akademik[sunting | sunting sumber]

Dalam penulisan akademik, rujukan adalah karya bertulis diterbitkan sebelum ini dalam penerbitan akademik yang telah digunakan sebagai sumber bagi teori atau dakwaan rujukan yang digunakan dalam teks. Rujukan mengandungi maklumat bibliografik lengkap agar pembaca yang berminat boleh mencarinya dalam perpustakaan. Rujukan boleh diletakkan di belakang penerbitan atau sebagai nota kaki.

Sains komputer[sunting | sunting sumber]

Dalam sains komputer, rujukan adalah jenis data yang merujuk kepada objek ditempat lain dalam ingatan dan digunakan bagi membina pelbagai struktur data yang luas, seperti daftar kaitan. Kebanyakan bahasa pengaturcaraan menyokong bentuk rujukan tertentu.

Bahasa pengaturcaraan C++ memiliki jenis rujukan khusus yang juga dikenali sebagai rujukan (reference);.

Geometri[sunting | sunting sumber]

Titik rujukan adalah lokasi yang digunakan bagi menggambarkan yang lain, bagi memberikan kedudukan relatif. Sama juga kita memiliki konsep bingkai rujukan kedua-dua secara fizikal atau figuratif) dan tanda aras (dalam pengukuran dan figuratif), dsb.

Perpustakaan[sunting | sunting sumber]

Dalam perpustakaan, perkataan rujukan mungkin merujuk kepada kamus, ensiklopedia atau sebarang kerja rujukan, yang mengandungi banyak rencana ringkas yang melitupi bidang pengetahuan yang l;uas dalam satu buku, atau set buku. Bagaimanapun, perkataan rujukan turut digunakan bagi erti buku yang tidak boleh dibawa keluar dari bilik, atau dari bangunan. Banyak buku dalam jabatan rujukan perpustakaan adalah buku rujukan, tetapi sesetengah buku adalah yang terlalu besar atau berharga untuk dipinjamkan. Samajuga, karya rujukan terpilih mungkin disusun bersama buku edaran perpustakaan dan boleh dipinjamkan keluar.

Rujukan bagi banyak jenis bahan bercetak mungkin dating dalam bentuk eletronik atau boleh dibaca mesin. Bagi buku, terdapat (“International Standard Book Number-ISBN) dan bagi rencana berita, “Digital object identifier (DOI)” semakin meluas digunakan. Maklumat pada Internet boleh dirujuk menggunakan “Uniform Resource Identifier (URI)”.

Pustakawan turut melakukan temubual rujukan di meja rujukan perpustakaan, bagi membantu orang mencari maklumat yang mereka ingini. Bantuan juga mungkin terdapat di luar perpustakaan melalui rujukan maya dan perkhidmatan rujukan digital.

Pengajian[sunting | sunting sumber]

Bagi pengajian, rujukan mungkin berbentuk petikan teks yang telah digunakan dalam penghasilan hasil kerja seperti essei, lapuran, atau oration. Tujuan utamanya adalah bagi membenarkan orang yang membaca karangan sedemikian untuk memeriksa sumber pengarang, samaada bagi pengesahan atau sekadar mengetahui lebih lanjut mengenai subjek tersebut. Bahan sedemikian sering disenaraikan diakhir rencana atau buku, dalam seksyen ditanda Bibliografi atau dalam seksyen ditanda Rujukan. Seksyen bibliografi sering kali mengandungi karya yang tidak disebut oleh pengarang, tetapi digunakan bagi bacaan latar atau daftar yang berpotensi berguna pada pembaca. Seksyen rujukan hanya mengandungi semua karya dan hanya karya yang di petik oleh pengarang dalam teks utama.

Menyalin bahan dari pengarang lain tanpa petikan yang betul atau tanpa kebenaran merupakan plagiat.

Rujukan kerja[sunting | sunting sumber]

Dalam pasaran buruh, bakal majikan sering meminta pemohon kerja untuk rujukan, agar kesesuaian mereka boleh disahkan secara bebas. Rujukan boleh jadi dalam bentuk surat bertulis, tetapi sering kali sekadar nombor hubungan telefon. Majikan boleh meminta rujukan profesional, yang merupakan dari bekas majikan atau bagi rujukan perwatakan, yang datangnya dari orang yang dihormati, seperti doctor atau guru, yang mengetahui pemohon dan boleh menyokong bagi kebolehpengajian mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Reference.com - a multi-source encyclopedia search service, and language reference products provider
  • References.net - a directory of multidisciplinary reference resources on the web
  • Reference Resources - reference related websites in the Yahoo! Directory