Rukun Keselamatan Elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 bagi negara Malaysia untuk pemegang lesen seperti TNB, Sarawak Energy Berhad, SESB dan orang kekompetenan elektrik di bawah Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Rukun keselamatan elektrik mengandungi 7 peraturan keselamatan yang dikhaskan untuk Orang Berkebanaran (AP) untuk syarikat utiliti di Malaysia dan Penjaga Jentera (Chargeman) untuk orang kekompetenan elektrik ST sebelum hentitugas (shutdown) bekalan elektrik dijalankan. Kerja kerja dijalankan adalah di bahagian Peti Pembekal Voltan Rendah. Peti Pembekal Voltan Rendah atau (Feeder Pillar) kebiasaanya diletakkan di luar bilik pencawang elektrik jenis berbangunan (TNB/SESB/Sarawak Energy).

7 Rukun keselamatan elektrik ketika melakukan kerja-kerja hentitugas di Peti Pembekal Voltan Rendah TNB[sunting | sunting sumber]

Antara peraturannya ialah:[1]

  • MATIKAN

Tanggalkan fius keluaran pada Feeder Pillar samaada jenis Jenis BS atau Jenis DIN.

  • ASINGKAN

Tanggalkan Link masukan.

  • BUKTIKAN MATI

Menggunakan alatan Voltmeter untuk memastikan bacaan nilai voltan menjadi sifar atau menghampiri sifar.

  • BUMIKAN

Gunakan kabel tembaga atau aluminium 50mm² persegi antara fasa merah (R) ke fasa kuning (Y) ke fasa biru (B) ke neutral (N) dan ke bumi (E)

  • KUNCI, NOTIS DAN HADANG

Kunci Non Standard Lock pada bahagian penyuisan MATI. Notiskan pada kawasan orang sedang bekerja dengan notis AWAS1 dan BAHAYA2 untuk elakkan orang awam menghampiri radas elektrik yang masih HIDUP. Hadangkan dengan pelekat keselamatan (safety tape) atau kon keselamatan jika kawasan ditempat terbuka atau di jalan utama.

  • TOOLBOX TALK

Orang yang melakukan penyuisan, AP (Authorised Person)3 mesti menerangkan perkara dari prosedur pertama sehingga kelima kepada orang yang bekerja, CP (Competent Person)4 atau pihak kontraktor di bawah penyeliaan dan pantauan dari pegawai AP

  • KELUARKAN PTW

PTW adalah Permit To Work kepada orang yang bekerja, (CP) atau Permit Menjalankan Kerja Kontraktor (PMKK) khas bagi pihak kontraktor dan kedua dua pihak perlu faham tujuan dan skop kerja dilakukan dan permit perlu ditandatangan.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

↑Nota 1  Amaran menghidupkan radas, hendaklah dipasangkan pada semua perkakasuis atau radas yang mengawal radas yang telah dimatikan dimana kerja akan dijalankan.


↑Nota 2 Jenis notis yang diluluskan menarik perhatian kepada bahaya menghampiri atau mengganggui radas. Hendaklah dipasang pada atau sebelah radas hidup pada had zon dimana kerja mungkin dijalankan.


↑Nota 3 Seorang yang berumur 21 tahun ke atas dan mempunyai pengetahuan yang cukup perihal kerja-kerja radas voltan rendah dan/atau radas voltan tinggidan mempunyai pengetahuan yang mendalam bagi seluruh atau sebahagian sistem TNB serta memegang sijil perakuan kebenaran yang sah.


↑Nota 4 Seorang yang berumur 21 tahun keatas sama ada mempunyai pengetahuan teknik yang cukup setelah berkhidmat dalam industri pembekalan tenaga elektrik sehingga memeperolehi pengalaman bagaimana menghindar bahaya dan memegang sijil kecekapan yang sah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]