Rusuhan Oakland 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rusuhan Oakland 2010
Tarikh 01 Januari 2009 (2009-01-01)
Waktu 2:15 AM PST (10:15 UTC)
Lokasi Oakland, California, United States
Casualties
1 killed

Rusuhan Oakland 2010 berlaku di Oakland, California, barat Amerika Syarikat pada 9 Julai 2010. Lebih 1000 penduduk kulit hitam tidak dapat menerima keputusan juri Los Angeles yang memihak kepada polis bantuan berkulit putih . Mulanya tunjuk perasaan dalam keadaan aman tetapi kemudian bertukar menjadi ganas. Perusuh bertindak menceroboh kedai dan melarikan barang, memecahkan cermin kereta, membaling mercun ke arah polis dan mencetuskan kebakaran di dalam tong sampah. Juri memutuskan ia satu kemalangan tragik dan bukan tindakan seorang anggota polis yang bertindak sewenang-wenangnya.

Benjamin Todd Jealous, ketua Persatuan Kebangsaan bagi Kemajuan Orang Kulit Hitam (NAACP) tidak puas hati dengan insiden perkauman itu.

Punca kejadian[sunting | sunting sumber]

Seorang bekas anggota polis bantuan kulit putih didapati bersalah atas tuduhan membunuh 'tanpa niat' seorang lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata dalam insiden yang dirakamkan dengan video. Insiden terjadi di platform kereta api di Oakland.

Tertuduh ,Johannes Mehserle, 28, mendakwa dia mahu menggunakan alat kejutan elektrik Taser tetapi sebaliknya mengacukan pistolnya dengan tidak sengaja lalu menembak mati Oscar Grant , 22, ketika cuba menahan lelaki itu dalam konfrontasi pada Tahun Baru 2009 (1 Januari 2009).[1] Pegawai polis BART , Johannes Mehserle telah menembak mati penumpang kereta api Oscar Grant yang dikatakan cuba melawan. Insiden itu berlaku di Stesyen Fruitvale BART, Oakland. Oscar Grant tidak bersenjata dan mati di pagi esoknya di Hospital Oakland.

Kejadian itu dirakam dengan kamera telefon digital. Gambar itu didedahkan kepada media dan laman web. Pada 13 Januari 2009, pendakwaraya Alameda County mengenakan Mehserle tuduhan bunuh. Dia meletak jawatan sebagai polis bantuan dan mengaku tidak bersalah. Perbicaraan di mahkamah bermula pada 10 Jun 2010. Peguam John Burris memfailkan tuntutan $25 juta daripada BART di atas insiden salah tembak itu.

Johannes Mehserle dari polis Bay Area Rapid Transit (BART) telah memohon maaf secara bertulis kepada keluarga kulit hitam itu.[2] Katanya , selepas dia menembak dari jalan dekat, dia telah menekup luka dengan tangan dan berkata "Awak akan ok". Surat permohonan maaf disampaikan melaluji peguamnya Michael Rains. Permohonan maaf itu ditolak kerana 'Mengapa sebelum ini tidak berbuat demikian'.

Tindakan polis rusuhan[sunting | sunting sumber]

Polis Oakland menyatakan seramai 78 perusuh telah ditahan. Polis menggunakan gas pemedih mata, topeng muka , helmet dan membawa baton. Ramai perusuh bukan berasal dari Oakland. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]