Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari SMK Meranti)
Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti
Lokasi
 Malaysia Kampong Meranti, 17010, Pasir Mas,, Kelantan Darul Naim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6097976327
Kod sekolahDEA3242
Faks6097976327


Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti atau nama ringkasnya SMK Meranti, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampong Meranti. Sekolah ini dibuka pada 1 April 1974 dan dirasmikan oleh Y.B. Tan Sri Mohammad Bin Yaacob, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti memiliki 603 pelajar lelaki dan 505 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1108 orang. Ia mempunyai seramai 74 orang guru.2009

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah kebangsaan Meranti pada mulanya dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Meranti ditukar pada 2 Januari 1965 di bawah sistem "Sekolah Aneka Jurusan".

Murid-murid sekolah ini belajar pada sebelah petang dan menumpang dibangunan Sekolah Kebangsaan Meranti. Guru Besar sekolah ini yang pertama ialah En. Abdullah Bin Yusoff. Pada tahun pertama penubuhannya, jumlah murid sekolah ini ialah 77 orang yang belajar dalam Tingkatan Satu, sementara tenaga pengajarnya pula seramai 4 orang. Pada tahun kedua dan ketiga penubuhannya, jumlah muridnya meningkat lebih daripada 2000 orang yang belajar dalam Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Murid sulungnya mengambil Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pada tahun 1967. Keputusan peperiksaannya agak menggalakkan berbanding dengan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang serba kekurangan pada masa itu.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Alamat[sunting | sunting sumber]

Sekolah Menengah Kebangsaan Meranti
Kampong Meranti
17010, Pasir Mas
Kelantan, Malaysia
Telefon = 6097976327
Fax = 6097976327

Pautan luar[sunting | sunting sumber]