SPH Mediaworks

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo SPH Mediaworks
Logo SPH Mediaworks

SPH Mediaworks adalah rangkaian stesen televisyen di Singapura yang mengendalikan dua saluran: Channel i (bahasa Inggeris) dan Channel U (bahasa Cina). Namun pada 2004 SPH bergabung dengan MediaCorp dan pemonopolian pasaran stesen tv di Singapura diteruskan semula oleh Mediacorp. Pada 1 Januari 2005 Channel I secara rasmi berhenti operasinya manakala Channel U dikendalikan oleh pihak Mediacorp.


Sejarah[sunting | sunting sumber]

MediaCorp telah memonopoli pasaran stesen TV di Singapura sejak tahun 1963, iaitu tahun ia ditubuhkan. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 2001, ketika itulah kerajaan Singapura memberi lesen kepada Singapore Press Holdings (SPH) untuk memasuki bidang penyiaran television. Penubuhan SPH Mediaworks pada tahun itu telah menamatkan monopoli MediaCorp terhadap paasaran stesen TV Singapura.

Pada awal penubuhannya, SPH Mediaworks mempunyai 2 saluran, iaitu: Channel U yang menyiar program-program berbahasa Cina dan TVWorks, satu saluran yang menyiar dalam bahasa Inggeris. TVWorks dinamakan semula ke "Channel I" pada Mac 2002.

Persaingan dengan MediaCorp[sunting | sunting sumber]

Channel U telah menjalankan persaingan sengit dengan Channel 8 yang kepunyaan MediaCorp. Sebelum dikendalikan oleh MediaCorp, Channel U telah mempunyai bilangan penonton yang berjaya mengatasi bilangan penonton Channel 8 untuk empat tahun berturut-turut.

Selain itu, Channel U telah memenangi banyak anugerah sejak ditubuhkan. Channel U juga pernah menjadi 'Asia's Channel of the Year' pada tahun 2004.

Walaupun Channel U telah terbukti lebih berjaya, tetapi Channel I hanya mempunyai bilangan penonton yang kecil sahaja. Ini disebabkan pasaran TV bahasa Inggeris di Singapura adalah lebih kecil berbanding dengan negara lain. Selain itu, pendapatan iklan Channel I juga kurang memberangsangkan.

Gabungan dengan Mediacorp[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2004, Mediacorp dan SPH bersetuju untuk bergabung untuk mengelakkan berlakunya lebih banyak kerugian ekonomi. Oleh itu, kedua-dua syarikat itu telah selesai bergabung pada 1hb Januari 2005. Satu syarikat baru yang dinamakan Mediacorp TV Holdings telah ditubuhkan. Syarikat itu akan mengendali Channel 5 dan channel 8 yang asalnya di bawah Mediacorp, dan juga Channel U yang asalnya di bawah SPH Mediaworks. Channel I telah dihentikan operasinya pada 1hb Januari 2005.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.