Safi (jenama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Safi
Jenis produkKosmetik, penjagaan peribadi
PemilikWipro Unza
Negara asalMalaysia
Diperkenalkan1980; 44 tahun yang lalu (1980)
PasaranAsia Tenggara, dengan pasaran utamanya tertumpu di Malaysia
Laman sesawangwww.safi.com.my

Safi (sebutan sah-fee) ialah jenama kecantikan halal Malaysia yang mengkhusukan kepada produk kosmetik dan penjagaan peribadi,[1][2] dimiliki oleh Wipro Unza, anak syarikat konglomerat India, Wipro.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Safi dimiliki sepenuhnya oleh Wipro Unza Malaysia Sdn Bhd, sebahagian daripada kumpulan Wipro Enterprises, yang dimiliki oleh ahli perniagaan dan dermawan Encik Azim Hashim Premji, anak kepada Encik Mohammed Hashem Premji dari India. SAFI adalah sebuah jenama kelahiran Malaysia dan 100% dibangunkan dan dikilangkan di Malaysia sebagai jenama Halal no.1 di MALAYSIA.

SAFI adalah jenama Halal terkemuka yang terdiri daripada rangkaian produk penjagaan kulit dan penjagaan diri yang dirumuskan khusus untuk memenuhi keperluan umat Muslim. SAFI menggunakan ramuan semula jadi terbaik yang seiring kehendak Syarak dan disahkan HALAL oleh JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM). SAFI berpegang teguh dengan prinsip bebas alkohol dan bebas gelatin dalam semua produk yang dikeluarkan. Produk SAFI dihasilkan di dalam kilang yang mengikut piawaian ISO dan “Good Manufacturing Practice” (GMP) yang memastikan penyediaan produk berkualiti tinggi dan memenuhi keperluaan pengguna yang semakin meningkat. SAFI dihasilkan 100% di kilang-kilang yang terletak di Malaysia untuk memastikan kualiti dan bekalan produk secara konsisten.

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

Selain pasaran utamanya di Malaysia, Safi turut mempunyai kehadiran di pasaran luar negara. Pada pertengahan 2018, Safi menembusi pasaran Indonesia dan telah mendapat sambutan.[4][5] Menjelang 2020, Safi berhasrat untuk menembusi pasaran China.[6]

Institut Penyelidikan Safi[sunting | sunting sumber]

Institut Penyelidikan Safi atau Safi Research Institute ialah cabang penyelidikan dan pembangunan Safi yang mana kesemua produk berjenama Safi telah dibangunkan dan telah beroperasi selama 3 dekad.[7] Pusat ini ialah salah satu Makmal Penjagaan Kulit HALAL terbesar dan paling maju di dunia.

Pensijilan[sunting | sunting sumber]

Safi ialah jenama kecantikan berstatus halal yang menerima pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majelis Ulama Indonesia (MUI).[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Safi: About us" [Safi: Mengenai kami]. Safi (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  2. ^ Safi.com.my
  3. ^ "Wipro Unza aims to be Malaysia's no. 1 personal care company next year" [Wipro Unza berhasrat untuk menjadi syarikat penjagaan peribadi no. 1 Malaysia menjelang tahun depan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 6 Mei 2019. Dicapai pada 31 Oktober 2019.
  4. ^ Syahirah Jaafar (28 Januari 2019). "Halal personal care brand looking even better" [Jenama penjagaan peribadi Halal melangkah lebih baik] (dalam bahasa Inggeris). The Edge Markets. Dicapai pada 31 Oktober 2019.
  5. ^ a b "Malaysia's leading beauty product Safi officially released in Indonesia" [Produk kecantikan terkemuka Malaysia Safi secara rasminya dilancarkan di Indonesia] (dalam bahasa Inggeris). Netral News. 30 Mac 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
  6. ^ "Malaysian brand Safi to expand into China" [Jenama Malaysia Safi untuk berkembang ke China] (dalam bahasa Inggeris). Retail in Asia. 14 Jun 2020. Dicapai pada 31 Oktober 2020.
  7. ^ "Safi Research Institute". Safi. Dicapai pada 31 Oktober 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]