Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Gambaran keseluruhan
Dibentuk 1 Januari 1997
Agensi terdahulu
  • Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS)
Ibu pejabat Putrajaya, Malaysia
Menteri bertanggungjawab
Eksekutif agensi
Agensi induk Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Tapak web

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Jakim.TV - Official WebTV for JAKIM

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau ringkasnya (JAKIM) merupakan agensi kerajaan Persekutuan di Malaysia yang mentadbir hal ehwal agama Islam di Malaysia. JAKIM dipimpin oleh Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dato' Haji Othman bin Mustapha.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1969, persidangan Majlis Raja-Raja Malaysia telah memutuskan bahawa perlunya suatu badan bagi menggembleng usaha pembangunan dan kemajuan umat Islam di Malaysia, selaras dengan taraf negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang semakin kukuh serta mendapat perhatian dunia antarabangsa.

Menyedari hakikat itu, satu urusetia kepada Majlis Kebangsaan Hal-Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)telah ditubuhkan, bagi memelihara kesucian akidah dan ajaran Islam. Urusetia ini kemudiannya telah dikembangkan sebagai Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri yang kemudiannya dinaikkan taraf sekali lagi menjadi Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS).

Pada 1 Januari 1997, selaras dengan pembangunan dan kemajuan Islam yang bertambah mantap di negara ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia sebagai mengambil alih kuasa dan peranan (BAHEIS).

Fungsi[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri akan berperanan sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut:

  • Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini;
  • Merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam
  • Membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam;
  • Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pengurusan negara;
  • Menyelaras mekanisma penguatkuasaan undang-undang serta peraturan-peraturan pentadbiran Hal Ehwal Islam di seluruh negara;
  • Membuat penilaian program-program Hal Ehwal Islam yang dilaksanakan di negara ini;
  • Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai hal ehwal Islam; dan
  • Melaksanakan usaha-usaha pembangunan ummah melalui kerjasama di peringkat serantau dan antarabangsa.

Carta Organisasi[sunting | sunting sumber]

Rajah di bawah menunjukkan carta organisasi JAKIM.

200 pcx


Di JAKIM, terdapat TIGA sektor utama iaitu Sektor Dasar, Sektor Pembangunan Insan dan Sektor Pengurusan.

Bagi Sektor Dasar yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Datuk Mohamad Nordin bin Ibrahim, terdapat LIMA Bahagian iaitu :

Manakala di dalam Sektor Pembangunan Insan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah ( Pembangunan Insan), Datuk Zainal Abidin bin Jaffar dibahagikan kepada LIMA bahagian:-

Sementara di dalam Sektor Pengurusan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), En Masri Razali ianya dibahagikan kepada lLIMA bahagian:-

  • Bhg. Khidmat Pengurusan
  • Bhg. Kewangan
  • Bhg. Pengurusan Sumber Manusia
  • Bhg. Pengursan Maklumat

Organisasi-organisasi berikut diletakkan secara terus di bawah Ketua Pengarah Jakim:-

Tiga buah Masjid Utama yang dikendalikan oleh Jakim diletakkan dibawah Bahagian Kemajuan Islam iaitu :

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]