Sagittarius A*

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sagittarius A*

Gambar Sagittarius A* oleh Event Horizon Telescope pada 2017, disiarkan 2022
Data cerapan
Epok J2000      Ekuinoks J2000
Buruj Sagittarius
Jarak hamal 17j 45m 40.0409s
Keserongan −29° 0′ 28.118″[1]
Perincian
Jisim8.26×1036 kg
(4.154±0.014)×106[2] M
Astrometri
Jarak26,673±42[2] ly
(8,178±13[2] pc)
Rujukan pangkalan data
SIMBADdata

Sagittarius A* (disebut "Sagittarius A-Bintang" (Jawi: ساڬيتاريوس إيه بينتڠ), disingkat Sgr A*) ialah lohong hitam supermasif[3][4][5] di dalam pusat Bima Sakti, berdekatan sempadan buruj-buruj Pemanah (Sagittarius) dan Kala (Scorpius) kira-kira 5.6° selatan ekliptik.[6] Lohong hitam ini sumber radio astronomi yang terang dan padat.

Nama lohong hitam ini ada sebab sejarahnya. Huruf A menandakan sumber radio paling terang dalam buruj Pemanah. Tanda bintang ( * ) pada nama lohong hitam ini kerana penemuannya dianggap "menguja",[7] dan dalam fizik atom, tatanama atom teruja ditandakan dengan tanda bintang. Tanda bintang ini diberikan pada tahun 1982 oleh Robert L. Brown[8] yang memahami bahawa pancaran radio terkuat dari pusat galaksi dinampakkan akibat sebuah objek radio tidak terma padat.

Pemerhatian beberapa bintang yang mengorbit sekitar Sagittarius A*, terutamanya bintang S2, telah digunakan untuk mencari jisim dan had atas jejari objek. Berdasarkan jisim dan had atas ini, ahli-ahli falak telah menyimpulkan bahawa Sagittarius A* mesti lohong hitam supermasif Bima Sakti.[9] Nilai semasa jisim lohong hitam ini ialah 4.154 (± 0.014) juta jisim matahari.[2]

Pada 12 Mei 2022, ahli-ahli falak menyiarkan gambar Sagittarius A* diambil daripada data pemerhatian radio Event Horizon Telescope pada April 2017,[10] gambar ini mengesahkan objek tersebut sebagai sebuah lohong hitam. Gambar ini gambar lohong hitam kedua yang disahkan selepas gambar lohong hitam yang diambil daripada galaksi Messier 87 pada tahun 2019.[11][12]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Reid and Brunthaler 2004
  2. ^ a b c d The GRAVITY Collaboration (April 2019). "A geometric distance measurement to the Galactic center black hole with 0.3% uncertainty". Astronomy & Astrophysics. 625: L10. arXiv:1904.05721. Bibcode:2019A&A...625L..10G. doi:10.1051/0004-6361/201935656. S2CID 119190574. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2019. Dicapai pada 4 Oktober 2019.
  3. ^ "Scientists find proof a black hole is lurking at the centre of our galaxy". Metro (dalam bahasa Inggeris). 31 Oktober 2018. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
  4. ^ "A 'mind-boggling' telescope observation has revealed the point of no return for our galaxy's monster black hole". The Middletown Press. 31 Oktober 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-31. Dicapai pada 31 Oktober 2018.
  5. ^ Plait, Phil (8 November 2018). "Astronomers see material orbiting a black hole *right* at the edge of forever" (dalam bahasa Inggeris). Syfy Wire. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2018. Dicapai pada 12 November 2018.
  6. ^ Dikira menggunakan "Equatorial and Ecliptic Coordinates". Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Julai 2019.
  7. ^ Goss, W. M.; Brown, Robert L.; Lo, K. Y. (September 2003). "The Discovery of Sgr A*". Astronomische Nachrichten (dalam bahasa Inggeris). 324 (S1): 497–504. arXiv:astro-ph/0305074. Bibcode:2003ANS...324..497G. doi:10.1002/asna.200385047. ISSN 0004-6337.
  8. ^ Brown, R. L. (1982). "1982ApJ...262..110B Page 110". The Astrophysical Journal. 262: 110. Bibcode:1982ApJ...262..110B. doi:10.1086/160401. Dicapai pada 13 Mei 2022.
  9. ^ Henderson, Mark (9 Disember 2008). "Astronomers confirm black hole at the heart of the Milky Way". Times Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2008. Dicapai pada 17 Mei 2009.
  10. ^ Bower, Geoffrey C. (May 2022). "Focus on First Sgr A* Results from the Event Horizon Telescope". The Astrophysical Journal. Dicapai pada 12 Mei 2022.
  11. ^ "Astronomers reveal first image of the black hole at the heart of our galaxy". eso.org. 12 Mei 2022. Dicapai pada 12 Mei 2022.
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan NYT-20220512 tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]