Pergi ke kandungan

Saksi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, saksi membawa maksud: "Orang yang mengetahui atau melihat sesuatu peristiwa (dan boleh memberi keterangan)". Oleh itu saksi adalah seorang yang mengetahui sesuatu peristiwa dramatik melalui pancainderanya (contohnya melihat atau mendengar), dan dapat membantu mengesahkan sesuatu perkara yang berlaku dalam suatu kejadian. Saksi sering dipanggil memberi keterangan di mahkamah.

Jenis saksi

[sunting | sunting sumber]

Secara umumnya saksi boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu:

  • Saksi yang mewakili sesuatu majlis pernikahan/perkahwinan.
  • Saksi yang digunakan dalam sesuatu perbicaraan pada majlis khusus dan formal bersama para peguam, pemimpin dan penghakim misalnya saksi yang digunakan untuk perbicaraan di mahkamah sebagai suatu aset bukti kepada pihak kehakiman ataupun perundangan.
  • Saksi bukan-formal digunakan untuk sesuatu perkara dan permasalahan yang tidak memerlukan etika disiplin yang terlalu ketat dan formal.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]